Pernah Gemuk 110 Kilogram, Sampai Kena Telanjang Dibuli... Remaja Ini Bangkit Ubah Diri!
Kamaruddin Razal
25/11/2018 12:19 MYT
25/11/2018 12:19 MYT
Kisah seorang remaja bernama Akhtar Shamin yang berusia 21 tahun ini mungkin boleh menjadi inspirasi kepada mereka di luar sana.
Pernah memiliki berat badan mencecah 110 kilogram, Shamin berusaha untuk mengubah penampilannya semenjak di bangku sekolah.
"Saya pernah alami detik hitam ketika di bangku sekolah kerana berat badan berlebihan. Dahulu, saya sering dibuli kerana mempunyai tubuh badan besar.
"Sampai pernah kena telanjang sebab dibuli rakan sebaya lain. Selepas itu, saya berusaha mengubah diri dan menjadi kurus, tetapi dalam cara yang tidak sihat.
"Saya mengalami anoreksia kerana memaksa diri untuk kurus dan tidak makan. Bayangkan, dari 110 kilogram, saya turun sehingga 65 kilogram tapi dengan cara yang salah.
"Saya menyertai sesi kaunseling untuk merawat anoreksia yang dialami dan bermula dari situ, saya mengubah kehidupan saya.
"Saya mula melibatkan diri dalam bidang kecergasan dan mula bersenam di gimnasium untuk mendapatkan tubuh badan sihat," katanya.
Semenjak itu, Shamin mula menjinakkan diri membina tubuh badan dan menyertai pertandingan badan cantik.
"Pencapaian tertinggi yang pernah saya dapat ialah apabila mendapat tempat sebagai juara keseluruhan untuk sebuah acara badan cantik antarabangsa di Singapura, tahun lalu.
"Semenjak melibatkan diri dengan bidang ini, saya tak menoleh ke belakang dan terus berusaha untuk memajukan diri," katanya yang ditemui di Kejohanan Badan Cantik Mr Sexy 2.0 2018 anjuran Fitness Inspire di Bandar Saujana Putra, baru-baru ini.
Pertandingan terbabit membabitkan tiga kategori iaitu atas 170 sentimeter, bawah 170 sentimeter, junior (bawah 23 tahun), Best Pose dan Champ of Champ Mr Sexy.
Shamin berjaya mengungguli kategori junior dan membawa pulang wang tunai RM3,000 manakala juara bawah 170 sentimeter diungguli oleh Syarul Mike Mahen yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM9999.99.
Juara atas 170 sentimeter diungguli oleh Muhd Ammar Afandi yang membawa pulang wang tunai RM9999.99 dan juara Champ of Champ Mr Sexy juga turut diraih oleh Syarul Mike Mahen yang membawa pulang wang tunai RM1,500.
Pertandingan yang membabitkan lebih 300 peserta itu diacarakan oleh Haziq Hussni dah Sharifah Shahirah manakala Anuar Zain, Syamel dan Syafiq Farhain memeriahkan acara dengn membuat persembahan.
Turut hadir adalah Pengarah Urusan Fitness And Health Inspire Sdn Bhd, Fahrulrazi Kassim.