Pernah Hidap Penyakit Vertigo, Raja Azmi Kongsi Nasihat Berguna Daripada Doktor - “Jangan Guna…”
Firdaus
10/01/2024 02:55 MYT
10/01/2024 02:55 MYT
Baru-baru ini, hasrat pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS untuk menyambut ulang tahun kelahiran isterinya, Datin Alyah di Singapura terbantut akibat diserang vertigo.
Perkara itu dikongsikan oleh sebuah akaun Instagram portal hiburan, di mana ia turut mendapat perhatian penerbit dan pelakon veteran Raja Azmi.
Menerusi ruangan komen, Raja Azmi menitipkan nasihat daripada doktor yang dikatakan berkesan untuk merawat vertigo.

BERITA TRENDING: "Masa Angkat Beg, Dia Kata Kepala Dia Berpusing" - Tok Ram Diserang Vertigo, Sambutan Hari Jadi Alyah Terbantut
“Saya pun ada vertigo. Doktor nasihat jangan guna/main telefon sambil baring.
“Sejak saya tak buat dah macam tu. Sekarang vertigo saya dah tak serang dah. Alhamdulillah,” tulisnya.
Perkongsian itu meraih komen positif oleh netizen di mana ada segelintir warganet yang berterima kasih ke atas informasi yang diberikan dan ada juga sesetengah berkongsi sendiri pengalaman menghidap penyakit tersebut.
Antara komen yang diterima:
“Saya pernah scroll Facebook laju-laju sampai rasa mata tak boleh nak ikut tengok skrin pastu pening terus rasa pusing-pusing lebih-lebih lagi bila nak mengiring,”
“Kalau saya pula main telefon duduk. Tapi tak boleh tunduk lama-lama kena juga,”
“Saya selalu macam tu. Baring main telefon, bangun macam nak pitam.”
Sekadar info, Datuk Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram sebelum ini dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng di Singapura sejurus sahaja sampai di negara itu akibat diserang penyakit vertigo.
Sumber: Instagram