Kes antara bekas pasangan suami isteri pelakon Indonesia, Galih Ginanjar dan Fairuz A Rafiq masih belum berkesudahan.

BACA: Gara-Gara Hina Kemaluan Bekas Isteri Berbau Ikan Masin, Pelakon Bakal Dipenjara Selama 6 Tahun

BACA: "Kawan-Kawan Ejek 'Ikan Asin'" - Isu Hina Kemaluan Aktres Berbau Ikan Masin, Anak Jadi Mangsa Buli Di Sekolah


Galih yang kini berdepan hukuman penjara maksimum 6 tahun didakwa mengalami alergik kulit yang teruk sepanjang dalam tahanan pihak berkuasa.

Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya sekarang, Barbie Kumalasari yang hadir melawat Galih di penjara baru-baru ini.

"Dalam tahanan panas, jadi kulitnya sensitif. Sudah beberapa bulan saya bawakan dia bedak untuk merawat segala-galanya, mungkin sebab peluh.

"Dia memang perlukan bedak untuk hilangkan gatal-gatal itu selain pakaian dalam sebab sekarang musim hujan. Jadi, perlu banyak pakaian dalam," katanya kepada media Indonesia.

Selain itu, kata Barbie dia turut membawa beberapa kelengkapan lain untuk suaminya itu termasuklah jam tangan dan beberapa keperluan harian lain.

Pada Julai tahun lalu Galih didakwa telah mencemarkan nama baik bekas isteri menerusi sebuah rancangan bual bicara YouTube dengan menyatakan kemaluan bekas isterinya, Fairuz berbau ikan masin.

Fairuz membuat laporan polis berhubung penghinaan itu dan sehingga kini kes masih dibicarakan dan hukuman terhadap Galih masih belum diketahui.

Sumber: Liputan 6