Pernah Jadi Cameo Dalam Drama, Sharul Aimy Tak Tolak Terjun Ke Bidang Seni, Tapi…
Izwan Isa
07/10/2023 04:42 MYT
07/10/2023 04:42 MYT
Atlet gimnastik artistik negara Sharul Aimy mendedahkan yang dia tidak menolak jika diberikan sebarang tawaran untuk berlakon.
Namun, menurut anak jati kelahiran Terengganu itu, sungguhpun pernah terlibat dalam satu sesi penggambaran untuk watak jemputan (cameo) dalam drama Journal Sara-Haeyo, proses penggambaran dikategorikannya sebagai satu hal yang akan sukar.
“Mungkin boleh cuba… Sebab saya pun pernah terlibat sebagai cameo dalam drama Journal Sara-Haeyo untuk platform Viu sebelum ini.
“Cuma ia bukanlah satu proses yang mudah sebab untuk babak yang sedikit itu, saya perlu jalani penggambaran selama dua hari,” katanya kepada Gempak.
Sharul berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan malam bersama media yang dia adakan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.
Menurut Sharul, penglibatannya dalam bidang seni tidak menggangu fokus utamanya dalam sukan, memandangkan proses penggambaran selalunya diadakan selepas waktu latihan.
“Saya sudah beberapa kali ikuti proses penggambaran, dan selalunya, ia dilakukan selepas tamat latihan sama ada pada waktu malam atau hujung minggu,” katanya lagi.
Tolak tepi soal lakonan, ditanya apakah yang akan dilakukan selepas bersara daripada sukan gimnastik kelak, jawab Sharul, dia memasang cita-cita untuk bergelar jurulatih dan cuba untuk membantu atlet muda ke peringkat yang lebih tinggi.
“Selepas bersara, mungkin saya masih akan berada dalam bidang ini, tetapi fokus lebih tertumpu untuk bergelar jurulatih. Saya mahu bantu pelapis akan datang membawa impian mereka ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya lagi.
Terdahulu, penghias sampul digital G The Untold Story ini berjaya meraih pingat gangsa menerusi melombol di Sukan Asia Hangzhou 2023.
BACA: “Masya-Allah Ciptaan Tuhan” - Sharul Aimy Buat Ramai ‘Melting’, Pengulas Sukan Pun Cair?