Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pernah Jadi Juara, 'Chemistry' JoZan Sentiasa Ditunggu, Ini Momen Terbaik Mereka...

Asyikin Mayudin
07/08/2024 09:55 MYT
JoZan merupakan gabungan dua pelawak hebat iaitu Johan dan Zizan Razak yang bermula sebagai peserta rancangan realiti, Raja Lawak musim pertama.

Kombonasi duo pelawak itu bermula dalam program Maharaja Lawak pada 2011 dan ketika itu mereka berjaya mendapat tempat kedua dalam rancangan tersebut dan juara untuk Maharaja Lawak Mega pada 2012.

Juara Program

Malah, Zizan juga pernah dua kali dinobatkan sebagai juara untuk program Super Spontan pada musim pertama dan keempat manakala Johan merampas takhta itu pada musim kelima.

Selepas daripada itu, JoZan mula mengorak langkah dalam dunia lakonan menerusi Drogba & Rooney dan filem Abang Long Fadil 3.

ARTIKEL BERKAITAN: JoZan Is Back! Peminat Tak Sabar Nak Tengok Filem Gabungan Duo Pelawak Popular - “Tak Fasal Saya Nak Kena Tunggu Lama…”

ARTIKEL BERKAITAN: [SPOILER-FREE REVIEW] Abang Long Fadil 3: Comedic Espionage Film Is Absolutely Bonkers

Gabungan mereka kembali mengubati kerinduan mereka menerusi filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof, Abang Long Fadil 3 (ALF3) pada 2022.

Sekuel ketiga filem tersebut menyaksikan dua pelawak terkenal, Johan dan Zizan Razak diangkat selaku bintang utama di samping beberapa nama popular lain iaitu Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Ozlynn Waty, Tania Hudson, Kazar Saisi, Khir Rahman, Shuib Sepahtu dan Daniella Sya.

Kalau sudahnya nama Johan dan Zizan, apa lagi mahu dikata tentang gandingan mereka, sememangnya tak kering gusi jawabnya ketika menonton filem ini.

Setelah dua tahun, kini JoZan kembali bergabung menerusi filem Baik Punya Ah Long yang akan ditayangkan di pawagam bermula 12 September depan.

Malah video teaser filem terbitan Astro Shaw itu yang dimuat naik di Instagram turut mendapat perhatian warga maya yang meluahkan rasa teruja.

Sinopsis

Filem ‘Baik Punya Ah Long’ menceritakan kisah dua beradik yang diminta oleh bapa angkat mereka untuk memulakan perniagaan, tetapi mereka sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perniagaan.

Mereka memulakan perniagaan meminjam wang, namun demikian mendapat tentangan oleh beberapa 'Ah Long' yang lain.

#Johan #Zizan Razak #Maharaja Lawak #Jozan #Raja Lawak #Abang Long Fadil 3 #Baik Punya Ah Long #Momen JoZan