Nadeera Zaini atau nama sebenarnya Farah Nadeera Zaini sudah lama menapak dalam industri nyanyian tanah air, namun bakatnya seakan-akan tenggelam timbul.

Walau bagaimanapun, kemenangan Nadeera dalam pertandingan Big Stage 5 baru-baru ini telah membuktikan segala-galanya bahawa beliau sememangnya penyanyi yang mempunyai bakat luar biasa.

Nadeera juga merupakan sahabat baik kepada penyanyi terkenal Aina Abdul dan pernah menjadi teman serumahnya suatu ketika dahulu.

Beliau yang mempunyai tubuh badan yang kecil seringkali membawa lagu yang bernada tinggi dan menguji vokal.

Jom kita kenali serba sedikit latar belakang juara Big Stage 5 2023 ini:

1. Lahir pada 18 September 1993
2. Anak jati Mersing, Johor
3. Anak bongsu daripada dua beradik
4. Menjuarai pertandingan keroncong dan Bintang Idola peringkat Negeri Johor
5.Mara ke pusingan akhir dalam program nyanyian All Together Now Musim 2
6. Pernah merakam beberapa single seperti Hasrat Hati, Nyawa, Panah, Tentang Kita (duet bersama Khareez), Duka (duet bersama Dany Seth) dan Eyo (duet bersama Khenobu).

Kemenangan Nadeera dalam pertandingan Big Stage 5 melayakkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.00 serta sebuah lagu baru daripada komposer antarabangsa, Hyuk Shin.