Pengarah Syafiq Yusof, 28, mendedahkan pernah bertemu dengan individu seperti watak Tok Haji dalam filem Penunggang Agama.

Menurut Syafiq, jalan cerita filem genre seram thriller dengan elemen islamik adalah berdasarkan kisah benar.

"Filem ini adalah berdasarkan kisah benar tapi saya olah lagi untuk nampak lebih menarik.

"Orang yang macam Tok Haji ini saya pernah jumpa. Saya ingatkan dia baik tapi sebaliknya.

"Dalam filem ini, saya lebih tonjolkan watak bomoh Tok Haji lakonan Nasir Bilal Khan," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, adik kepada Syamsul Yusof turut meluahkan rasa sedih dengan segelintir masyarakat yang mudah terpedaya dengan bomoh bukannya berpandukan Al-Quran.

"Kadang-kadang sudah terang-terangan orang itu bomoh, tetapi orang tetap mempercayainya.

"Saya nak tunjukkan inilah realiti yang berlaku di Malaysia," katanya lagi.

Filem Penunggang Agama dilakonkan oleh barisan pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Nasir Bilal Khan, Sabrina Ali, Salina Saibi, Datuk Jalaludin Hassan, adik Puteri Nurqaseh dan Johan As'ari.

BACA: Syafiq Yusof Sahut Cabaran Buat Filem Penunggang Agama, Harap Mesej Diterima Ramai

Jadi, bagi anda yang belum menonton, jangan lupa saksikan Penunggang Agama yang kini sudah berada di pawagam rumah anda, Astro First.

Untuk melanggan sila ke saluran 480, juga boleh strim di Astro GO atau On Demand.

Setiap langganan RM15, penonton berpeluang menonton naskah tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.