Pernah Kantoi Ambil Dadah & Kontrak Dibatalkan, Kate Moss: “Ini Sangat Hipokrit”
Maliah Surip
25/07/2022 14:30 MYT
25/07/2022 14:30 MYT
Model Kate Moss mengaku bengang dan marah selepas aksi dirinya sedang mengambil dadah jenis kokain dirakamkan jurufoto pada tahun 2005 tersebar.
Tanpa menyembunyikan perbuatan tidak bermoral yang dilakukannya itu, Moss mengaku mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku.
Namun katanya, dia marah kerana percaya ada dalam kalangan mereka yang sama sama mengambil dadah dengannya telah membocorkan ‘rahsia’ dirinya juga terlibat dalam najis tersebut.
“Saya rasa geram dan marah,” ujar model kelahiran British itu sewaktu menjadi tetamu dalam program Radio BBC bersama Lauren Laverne pada hujung minggu lalu.
Menurut mantan kekasih aktor Johnny Depp itu, apa yang membuatkan dirinya marah adalah semua orang yang dikenali dan berada di sekelilingnya juga mengambil dadah.
“Sebab semua yang saya kenal juga ambil dadah. Jadi untuk mereka hanya memberi fokus terhadap saya sehingga menjejaskan karier dan cuba ‘merampas’ anak saya, saya fikir itu sangat hipokrit,” akuinya lagi.
Meski Moss tidak didakwa atas kesalahan bergelumang dengan najis dadah, model yang kini berusia 48 tahun itu kehilangan kontrak pekerjaan bersama beberapa jenama terkenal dunia. Dia juga terpaksa memastikan anaknya, Lila tidak dirampas.
“Dan kemudian untuk memulihkan keadaan, saya perlu meminta maaf secara terbuka kepada masyarakat,” tambahnya lagi.
Dalam temubual sama, Moss juga mengenang bagaimana dirinya yang memulakan karier pada usia belasan tahun mendapat gangguan Anxiety dan terseksa untuk kekal dalam industri peragaan.
Antaranya, Moss mendedahkan pernah lari selepas dirinya diminta menanggalkan bra untuk satu sesi ujibakat model pada usia 15 tahun.
“Saya tahu ada sesuatu yang tak kena pada waktu itu. Saya sangat malu untuk menayangkan seluruh badan kepada orang lain.
“Jadi saya ambil semua barang dan lari,” katanya yang memulakan karier sebagai model pada usia 14 tahun.