Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pernah Kecoh Didakwa Curang Dengan Nissa Sabyan, Ayus & Isteri Rasmi Bercerai

Maliah Surip
25/03/2021 00:20 MYT
Pada sekitar Februari lalu, dunia hiburan Nusantara kecoh dengan khabar 'percintaan' vokalis kumpulan Sabyan, Nissa dengan salah seorang anggotanya, Ayus.

Hal yang membuat 'percintaan' mereka menjadi buah mulut adalah Ayus merupakan suami kepada Ririe Fairus dan sudah mempunyai anak.

Kini selepas sebulan isu tersebut diperkatakan, Ayus atau nama sebenarnya Ahmad Fairuz dan isterinya, Ririe Fairus dilaporkan rasmi bercerai semalam.

Menerusi laporan media Indonesia, Ayus tidak menghadiri keputusan prosiding perceraian mereka.

Namun, Ririe yang hadir ke Mahkamah Agama Jakarta Utara sewaktu ditemui media mengatakan redha di atas perceraian yang terjadi. Sementelah dia sendiri yang meminta diceraikan pada Januari 2021 selepas sudah tidak lagi dapat menahan perasaan dengan kecurangan Ayus dan Nissa.

"Saya terima keputusan ini dengan sebaiknya," kata Ririe.

Ririe juga memberitahu walaupun sudah bercerai, Ayus bebas untuk bertemu dengan anak anak mereka.

Hubungan sulit mereka pertama kali dibongkar oleh adik Ayus iaitu Fadhila Nova.

Dalam sebuah wawancara iaitu Rumpi No Secret Trans TV, Fadhila mendedahkan abangnya dan Nissa sudah menjalin hubungan skandal sejak lebih dua tahun lalu.

Namun rahsia 'percintaan' mereka terbongkar sejak Julai 2019 selepas Ayus terlupa memadam perbualan dalam pesanan di aplikasi chat bersama Nissa.

"Abang saya lupa menghapus chat mereka. Jadi skandal mereka diketahui dari situ," kata Fadhila seperti ditulis kebanyakan media Indonesia.

Setelah khabar kecurangannya menjadi tajuk utama media di Republik itu, Ayus membuat sebuah video permohonan maaf, sementara keluarga Nissa membantah anak gadisnya mempunyai hubungan sulit dengan suami orang.

Kredit Foto: Tribunnews


#cerai #Indonesia #muzik #Nissa Sabyan #Curang #Ayus Sabyan #Ririe
;