gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Dia Campak Buku Saya…” - Insiden Dimarahi Mas Idayu Masih Segar Dalam Ingatan Nadeera
HIBURAN
Kontroversi Anak Hamil Anak Luar Nikah, Erika Carlina Selamat Bersalin! DJ Panda Titip Doa Menyentuh Hati - “Kehadiran Mu Adalah Bukti…”
HIBURAN
Demi Sebuah Karya ‘Agung’ Melly Goeslaw, Misha Omar Nekad Untuk…
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Pernah Keguguran Disember Lalu, Puteri Khareeza Kini Hamil Enam Bulan

Gempak
Gempak
01/08/2025
07:30 MYT
Sponsor Banner
Pernah Keguguran Disember Lalu, Puteri Khareeza Kini Hamil Enam Bulan

Penyanyi, Puteri Khareeza berkongsi berita gembira apabila mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Menurut Puteri Khareeza atau nama lengkapnya Puteri Aszfaryna Khareeza Arif, dia tidak mengalami sebarang gejala awal kehamilan dan hanya mengetahui tentang berita gembira itu selepas melakukan ujian kehamilan.

“Saya sedang hamil dan usia kandungan saya sudah enam bulan. Sebenarnya saya tak berdepan dengan ‘morning sickness’ langsung sejak trimester pertama. Tak ada muntah-muntah.

“Dapat tahu saya (mengandung) pun sebab lambat datang bulan dan bila buat ujian kehamilan, Alhamdulillah ‘melekat’. Saya dapat tahu saya hamil pada Mac lalu,” katanya.
Bercerita lanjut, Puteri memaklumkan dirinya tidak melalui fasa mengidam seperti kebanyakan ibu mengandung namun, mengakui selera makannya meningkat secara mendadak.

“Cakap soal mengidam tak ada tapi saya makan banyak.Sebelum hamil berat saya ialah 46 kilogram (kg) dam sekarang dah 56kg, tambah 10kg,” kongsinya.

Ditanya mengenai keputusan merahsiakan berita kehamilan, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Kerana Cinta Itu Ada’ itu memaklumkan dia dan suami memilih untuk berbuat demikian selepas mengalami keguguran pada hujung tahun lalu.

“Memang saya suka rahsia, kahwin pun berahsia jadi bila tahu mengandung saya dan suami ambil keputusan nak rahsiakan dulu. Saya pernah gugur pada bulan 12 yang lalu ketika kandungan berusia tujuh minggu. Jadi, tak nak perkara ini dihebohkan awal sebab takut tak jadi dan sebagainya.

“Tapi tak boleh nak rahsia sekarang sebab saya dah membesar dengan jayanya. Bukan saya saja tapi perut saya pun membesar, mengah pun dah mula mengah.Ramai juga yang kata dah nampak ‘baby bump’ jadi saya bagitahu sajalah sekarang,” tambahnya.

Dalam pada itu, Puteri menzahirkan rasa syukur kerana proses kehamilannya kali ini dipermudah dan tidak berdepan dengan sebarang komplikasi.
Untuk rekod, Puteri Khareeza dan suaminya, Mohd. Shukor Khamaruddin selamat mendirikan rumah tangga pada 24 Februari tahun lalu selepas empat bulan mengenali hati budi menerusi media sosial. Sumber: Oh Bulan
Topic Berkaitan
#Hamil
#Puteri Khareeza
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement