Pernah Kena Buli Siber, Meerqeen Ambil Inisiatif Tak Endah Komen Negatif - “Saya Rasa Lebih Baik Saya Diam”
Firdaus
15/08/2024 05:55 MYT
15/08/2024 05:55 MYT
Pelakon, Meerqeen, memberitahu dirinya menjadi mangsa buli secara atas talian.
Tak Endah Komen Negatif
Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 23, dia bagaimanapun mengambil inisiatif untuk mengendahkan sebarang komen negatif yang diterima di media sosial.
“Dulu saya pernah baca komen-komen negatif tetapi sekarang tidak lagi...
"Pengurus dan team saya sendiri tidak menyarankan saya untuk memberi reaksi terhadap setiap komen negatif yang diterima.
“Dulu saya pernah baca komen-komen negatif tetapi sekarang tidak lagi kerana rasa tidak mahu memberikan perhatian kepada netizen. Kalau saya jawab komen tersebut nanti akan ada beratus-ratus komen lagi yang ditinggalkan netizen.
“Jadi saya rasa lebih baik diam malah saya juga sudah menasihati keluarga untuk tidak membalas atau melayan komen negatif ini," katanya ketika ditemui Gempak.

BERITA TRENDING: Didakwa Bercuti Ke Bali Bersama Meerqeen, Ameera Khan; “Saya Ada Teman Lelaki… Shut Your Mouth!”
BERITA TRENDING: Meerqeen Suka Karaoke, Mierul Aiman Ditahan Peminat, Sharifah Sakinah Hantu Paling Slay! Ini Antara Perkara Menarik Di Acara Hello Putrajaya
BERITA TRENDING: Diburu Sensasi, Mimi Lana & Meerqeen Enggan Terperangkap Cinta Lokasi: “Kerja Sekolah…”
BERITA TRENDING: Kongsi Foto Bersama Meerqeen, Teka-Teki Foto Ala Pre-Wedding Daiyan Trisha Akhirnya Terjawab
Mengulas lebih lanjut berkaitan isu berkenaan, bekas finalis Hero Remaja 2020 berpendapat bahawa tindakan buli siber adalah satu perkara yang perlu dibendung daripada dibiarkan berterusan.
"la berbalik kepada diri dan cara bagaimana seseorang itu mengawal situasi tutup sebelah mata untuk tidak melayan perkara ini.
"Buli bukan sahaja berlaku kepada artis, pempengaruh media sosial kerana kalau kita lihat di sekolah berlaku juga kegiatan buli siber ini juga.
"Saya rasa masyarakat kita sudah perlu hentikan untuk menormalisasikan aktiviti-aktiviti buli seperti ini," ulasnya.
Dalam perkembangan terkini, Meerqeen membintangi filem Harimau Malaya arahan Datuk Afdlin Shauki yang akan menjengah pawagam tempatan mulai 15 Ogos ini bersama barisan pelakon lain seperti Sophia Albarakbah, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Nam Ron, Bell Ngasri, Amelia Henderson, Kavin Jay dan Douglas Lim.