Viral
Pernah Kena Kelentong RM40,000, TikToker Fareez Anxiety Bila Ada Member Nak Pinjam Duit - "Badan Menggigil, Dada Saya Rasa ..."
TikToker terkenal Muhammad Fareezuan Adnan memberitahu dia kini mempunyai perasaan cepat cemas dan anxiety melampau terutama jika ada individu yang mahu meminjam wang daripadanya.
BERITA BERKAITAN: TikToker Bawa 11 Peguam Ke Balai Polis, Jawab Tuduhan Hamilkan Anak Artis
BERITA BERKAITAN: "Kakak Pesan Jangan Buat Video Tak Senonoh" - Adik-Adik Noreen Iman Lebih Sensitif Buat Konten, Jaga Air Muka Keluarga
Katanya, lebih membimbangkan dia jadi sukar bernafas apabila ada individu berkenaan tidak menepati janji selepas meminjam wang daripadanya.
"Perkara sebegini bukan lawak. Siapa yang alami dia akan tahu seksanya rasa anxiety macam mana. Saya sampai pergi doktor minta nasihat. Saya tanya betul-betul apa penyakit saya.
"Rupanya saya ada panic attack dan anxiety yang teruk. Sampai tahap kalau orang berjanji nak bayar hutang 25 hari bulan, saya rasa dada saya macam sempit sangat kalau orang itu tiba-tiba tak boleh bayar.
"Bila dia (peminjam) kata tak boleh bayar automatik saya menggigil dan dada terus susah nak bernafas dan sekarang saya fobia setiap kali ada yang datang nak pinjam duit," katanya kepada Gempak.
Katanya, dia tidak menyangka kejadian pernah ditipu lebih RM40,000 menjadikan dia semakin fobia dan terpaksa menanggung derita.
"Sebenarnya begini, saya pernah ditipu oleh kontraktor. Sejak dari situlah penyakit panic attack dan anxiety saya ini datang.
"Sampai satu tahap sehingga hari ini kalau bunyi telefon pun dada saya laju. Kalau orang itu cakap nak pinjam duit saya dah mula shaking.
"Adik beradik pun dah tahu fobia yang saya tanggung macam mana? Pendekan cerita selepas saya lihat keadaan saya semakin teruk, saya ambil keputusan tak pinjamkan lagi duit pada mana-mana individu yang nk pinjam duit saya," tambahnya.
Sebelum ini Fareez dilaporkan telah ditipu kontraktor yang sepatutnya mengubah suai rumah yang dibeli setelah membayar puluhan ribu ringgit kepada kedua-dua kontraktor terlibat.