Laman Utama

Pernah Kritik Isu Curang, Alif Teega Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ - “Allah Uji Dia Dengan Kata-Kata Sendiri”

gempak
Gempak
27/11/2023
08:55 MYT
Sponsor Banner
Pernah Kritik Isu Curang, Alif Teega Dilabel ‘Cakap Tak Serupa Bikin’ - “Allah Uji Dia Dengan Kata-Kata Sendiri”
Pempengaruh islamik Alif Teega baru-baru ini menjadi buah mulut netizen setelah dia mendedahkan dirinya berkahwin dua dengan seorang wanita pada 18 November lalu.
Susulan isu itu, video lama yang dimuat naik oleh Alif kembali tular apabila dalam hantaran tersebut, dapat dilihat dia mengkritik tentang isu curang antara suami isteri.
“Tak faham kan kenapa masih ada lagi perangai macam ni. Tak cukup ke?
“Wahai lelaki tolonglah hargai isteri sebab perempuan ni kuatnya daripada hati,” ujar Alif dalam video berkenaan.
@streptococcussp Nasihat untuk @Alif Teega kepada Alif Teega. Muhasabah. #aisyahhijanah #alifteega ♬ original sound - Streptococcus ?
Video berikut menerima pelbagai kritikan netizen yang menyifatkan Alif sebagai seorang yang ‘cakap tidak serupa bikin’ dan ada juga segelintir yang mengambil iktibar supaya menjaga percakapan apabila berkata tentang sesuatu isu.
“Cakap tak serupa bikin. Lagi sakit dekat wife dia. Kenapa ketika Aisyah mengandung dan kenapa pada bulan sama tarikh anniversary kamu berdua,”
“Ni pengajaran untuk kita juga supaya jaga percakapan, takut kena dekat diri sendiri Ya Allah,”
“Dari dulu aku rasa apa perasaan penasihat-penasihat ni? Takut berbalik pada diri sendiri sebab kita manusia biasa yang penuh dengan ujian. Akhirnya Allah uji dia dengan kata-kata dia sendiri.”

BERITA TRENDING: Luahan Hati Aisyah Hijanah Buat Netizen Sebak - “The Day I Got Married, Saya Ingat Dia Akan Jadi Milik Saya Selamanya…”

Untuk info, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 29, telah mendirikan rumah tangga dengan Aisyah Hijanah pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: TikTok
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024