Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pernah Makan Nasi Berlauk Gula, TikToker Muda Mahu Bantu Individu Susah - "Saya Tak Kaya, Tapi Niat Saya Nak ..."

Ernalisa 09/12/2024 | 20:55 MYT

Kesusahan pernah makan nasi berlauk gula menjadikan seorang pemuda terpanggil untuk membantu lebih ramai individu yang kurang bernasib baik dengan caranya tersendiri.

BERITA BERKAITAN: Pernah Kena Kelentong RM40,000, TikToker Fareez Anxiety Bila Ada Member Nak Pinjam Duit - "Badan Menggigil, Dada Saya Rasa ..."

BERITA BERKAITAN: "Kakak Pesan Jangan Buat Video Tak Senonoh" - Adik-Adik Noreen Iman Lebih Sensitif Buat Konten, Jaga Air Muka Keluarga

Tiktoker dan usahawan, Firdaus yang kini merupakan seorang usahawan berkata, kesusahan dialami sejak dibangku sekolah menjentik hatinya untuk membantu golongan kurang berkemampuan dalam zaman yang semakin mencabar.

"Zaman kanak-kanak saya begitu susah. Jadi bila saya semakin menginjak dewasa saya mula faham keperitan mereka yang pernah melalui kehidupan macam saya.

"Saya pernah membelanjakan kira-kira RM50,000 dalam satu malam untuk membeli syiling digital sebagai hadiah atau 'gift' kepada pengikut kurang bernasib baik di TikTok.
"Puas..gembira..dan sayu itu sahaja yang boleh diungkap," katanya kepada Gempak.
Katanya, biarpun ada yang menyatakan jumlah yang dibantu tidak masuk akal, namun pempengaruh dikenali Fokiyoks dalam kalangan pengikutnya gembira kerana mampu berkongsi rezeki dengan individu yang memerlukan.
"Saya pernah susah,jadi saya faham apa yang mereka rasa. Masa kecil dahulu saya pernah makan seekor ikan berkongsi dengan emak dan adik, nasi berlaukkan gula dan bancuh air dalam tin susu pun saya pernah rasa.
"Kami pun pernah hidup berpindah randah malah tak dapat lupa pengalaman tidur dengan emak dan adik di ruang tamu yang terlalu sempit.
"Bila ingat semula itu yang buat saya nak bantu orang lain kerana saya pun pernah merasa hidup susah," kongsinya sayu.
Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, kepayahan dilalui mengajarnya berdikari dan mencari duit poket sejak di tingkatan tiga.
"Saya masih ingat datuk bagi modal untuk jual beg, topi dan beberapa barangan lain dalam talian.

"Saya berniaga hingga tingkatan lima, selepas tamat persekolahan, saya ambil upah bantu jual minuman dan waktu itulah merasa dapat RM1,000 pertama hasil duit gaji," katanya yang mempunyai lebih 286,000 pengikut di TikTok.

Berkongsi hala tujunya, usahawan muda ini bercita-cita ingin membantu lebih ramai pengikutnya yang memerlukan.
"Saya tidaklah kaya mana. Tapi Insyallah jika ada rezeki saya mahu taja lima pasangan mengerjakan umrah di Tanah Suci tahun depan, selain berhasrat hadiahkan 10 motosikal model Yamaha RXZ kepada mereka yang memerlukan" katanya.

#Muda #Bantu #Susah #Tiktoker #Orang #Mahu
;