Penyanyi Tomok sentiasa berusaha memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

Menurut Tomok, dia harus lebih bertanggungjawab memandangkan umurnya yang kian meningkat.

"Saya pernah melalui zaman jahil, jadi apa yang harus saya lakukan sekarang adalah memperbaiki diri untuk menjadi seorang insan yang lebih baik.

"Umur saya semakin meningkat, anak-anak juga sedang membesar saya harus lebih bertanggungjawab.

"Sebagai seorang yang beragama Islam, saya mahu satu pengakhiran yang baik untuk diri saya, keluarga dan rakan-rakan," katanya kepada Gempak.

Ditanya tentang kemunculannya di beberapa majlis pengebumian rakan artis, pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail ini berkata, dia harus memberi penghormatan terakhir buat kenalannya yang pergi meninggalkan.

"Saya benar-benar merasai kehilangan rakan artis yang meninggalkan kita sejak kebelakangan ini, jadi, menziarahi mereka di majlis pengebumian juga merupakan satu tanggungjawab buat saya," tambahnya ringkas.



Dalam perkembangan lain, Tomok akan bergandingan bersama Black, Hazama dan Akim dalam Konsert 4G's.

Konsert 4G's akan berlangsung di Istana Budaya pada 17 dan 18 April ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai konsert tersebut, sila hubungi 018-2488184.