Pelakon Nazim Othman telah memanjatkan kesyukurannya selepas sembuh daripada ketumbuhan dalam kepala yang dihidapinya suatu masa dahulu.

Nazim telah berkongsi rasa menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Luahan rasa tersebut telah menerima 43 ribu ‘likes’ dan lebih 400 komen daripada pengikutnya.

Menerusi muatnaik tersebut Nazim telah menyatakan rasa simpatinya terhadap seorang pesakit tumor dan sayu mengenangkan nasib menimpa pesakit tersebut yang tidak sembuh dari penyakitnya.

Ikuti luahan Nazim yang dimuat naik beberapa jam yang lalu:

Tadi ada kawan wartawan bagitau, ada seorang hamba Allah telefon syarikat penerbitan akhbar untuk bertanya cara hubungi saya. Berkenaan adiknya yang diuji tumor dalam kepala, sama seperti kisah saya tahun lalu. Bezanya, adik dia tak berjaya sembuh, hilang ingatan khabarnya. Sayu hati ni mengenangkan kisah-kisah mereka yang tak berjaya kembali seperti sediakala. Semoga dirahmatiNya. Bagi mereka yang menghidapi tumor dalam tubuh atau seperti saya, dalam kepala; saya fahami kerisauan itu. Namun ketika didatangkan ujian berat seperti ini, usah sesekali menyalahkan takdir atau mempersoalkan ketentuanNya. Dialah yang maha mengetahui segala sesuatu. Saya bersyukur diberi kesembuhan berkat doa bukan saja dari diri sendiri tetapi juga dari mereka di luar sana. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih, maha pengampun lagi maha mengasihani. Apa sekalipun yang berlaku, kita kena kuat semangat. Setiap ujian didatangkan kerana kita mampu untuk menanganinya.

A photo posted by nazimothman (@nazimothman) on


Teks Oleh: Hafiza Kamarudin