Vokalis Maroon 5, Adam Levine memberi penghormatan terakhir buat mendiang isteri aktor John Travolta, Kelly Preston.

Adam juga mengingatkan orang ramai bahawa Kelly pernah muncul dalam muzik video lagu hit kumpulannya iaitu She Will Be Loved.

Menurut Adam, Kelly akan sentiasa diingati dan berada di dalam hatinya.

"Inilah ciuman pura-pura saya yang pertama (dalam muzik video itu), kami akan sentiasa merindui kamu Kelly, kamu sentiasa berada di tempat yang istimewa dalam hati saya," tulisnya di Instagram.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari ramai peminat Adam yang turut bersedih dengan pemergian aktres berusia 57 tahun itu.

Dalam muzik video berkenaan, Kelly memegang watak sebagai kekasih gelap Adam, dan pada masa yang sama, Adam merupakan teman lelaki kepada anaknya.

My first pretend kiss...We will miss you Kelly. You’ll always hold a special place in my heart.

A post shared by Adam Levine (@adamlevine) on


She Will Be Loved yang mula menemui peminat pada tahun 2004 itu kekal menjadi lagu malar segar sehingga kini.

Menerusi laporan Gempak sebelum ini, John memaklumkan isterinya meninggal dunia setelah bertarung dengan kanser payudara selama dua tahun.

John juga memaklumkan dia akan meluangkan masa bersama anak-anak untuk berehat dan merawat kesedihan di hati.

BACA : Isteri John Travolta Meninggal Dunia