Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pernah Rasa Lemang Daun Tebu? Katanya Lebih Enak & Wangi!

Hanafis Haris
13/05/2020 08:14 MYT
Mungkin kedengaran agak pelik buat sesetengah orang, namun tidak bagi bagi penduduk di Kampung Belukar, Telaga Mas, Pokok Sena Kedah yang memasak lemang menggunakan daun tebu.

Menerusi laporan Astro Awani, resepi membuang leman daun tebu itu diwarisi oleh pembuatnya, Abdullah Puteh, 56, daripada Allahyarham ibunya.

Dia yang tidak lokek berkongsi resepi berkata, sebelum proses membakar lemang berkenaan, daun tebu yang dikutip perlu diraut dan dicuci terlebih dahulu untuk membuang miangnya.

Menurut Abdullah, daun tebu itu kemudiannya disusun rapat lalu dimasukkan ke dalam batang buluh lemang.

"Selepas selesai proses tersebut beras pulut dan santan akan dimasukkan pula.

"Proses pembuatan lemang daun tebu dilakukan dengan teknik tersendiri bagi mengelakkan daun tebu tidak melekat pada buluh dan pada lemang itu sendiri ketika sejuk," katanya.

Jelas Abdullah, keenakan lemang daun tebu adalah pada adunan rasa manis, masin serta lemak santan dan pulutnya.

"Bertambah enak dan membuka selera juadah ini ialah pada aroma dun tebunya.

"Sebenarnya resepi lemang daun tebu ini saya belajar daripada arwah mak saya," katanya.

Sumber : Astro Awani

#Raya #Lemang #Daun Tebu
;