Pernah Reka Pakaian Renang & Ada Salun Kecantikan, Ini Antara Trivia Gempak Isteri Sultan Kelantan, Rihana Oksana Petra!
Amri Hassan
11/07/2019 13:38 MYT
11/07/2019 13:38 MYT
Umum sudah mengetahui Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V kini sedang menyulam bahagia bersama isteri tercinta, Rihana Oksana Petra dan putera sulung mereka, Tengku Ismail Leon Petra.
Namun, baru-baru ini, isteri baginda, Rihana Oksana Petra berkongsi serba sedikit kisah mengenai dirinya yang ramai tidak tahu.
Selain pernah memiliki salun kecantikan sendiri di Moscow, Rusia, ratu cantik Miss Moscow 2015 itu juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Pengurusan. Bukan biasa-biasa!
Jadi, jom semak apa lagi fakta menarik tentang Rihana Oksana Petra!
1. Dilahirkan pada 10 Julai 1992 di Astrakhan, Rusia dan baru meraikan ulangtahun kelahirannya ke-27 semalam!
2. Membesar dan bersekolah di Taganrog, daerah Rostov-on-Don.
"Semasa remaja, saya ke ‘Summer School’ di Oxford untuk belajar Bahasa Inggeris.
"Pada 2009, saya berpindah ke Moscow dan menjadi pelajar di ‘Plekhanov Russian University of Economics’ dan mendapat ijazah sarjana muda ekonomi pada tahun 2013," tulisnya.
3. Pada tahun 2015, Rihana memenangi pertandingan ratu cantik ‘Miss Moscow’.
"Tidak lama kemudian, saya menceburi bidang industri fesyen. Saya mencipta jenama pakaian renang saya sendiri," katanya.
4. Pada masa yang sama, Rihana menuntut di ‘Moscow School of Radio and Television’ dan setahun kemudian beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana dalam Pengurusan.
"Saya seorang pakar dalam pemasaran antarabangsa," tambah Rihana.
5. Pada tahun 2016, Rihana membuka salun kecantikan di Moscow dan berpindah ke Kuala Lumpur pada 2017.
6. "Saya berkahwin pada bulan Jun 2018 dan pada bulan Mei 2019, saya melahirkan anak saya Ismail Leon, Tengku Mahkota Kelantan, dan insya-Allah bakal Raja Kelantan," ujar Rihana lagi.

BACA: Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra, Nama Putera Sultan Muhammad V
BACA: "Kami Bertemu Pada Musim Bunga 2017 Di Eropah" - Isteri Sultan Kelantan Dedah Pertemuan Sulung Mereka
BACA: Isteri Sultan Kelantan Sedia Punyai Ramai Anak
BACA: "Saya Takkan Lupa Malam Romantis Itu" - Rihana Petra Dedah Lamaran Sultan Kelantan