HIBURAN
“Pernah Shooting Bersama, Kak KM Sebelahi Anna Jobling, Dia Memang Budak Baik” - Kak KM
Pempengaruh dan usahawan kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, secara terbuka menyatakan pendiriannya untuk menyebelahi pelakon popular, Anna Jobling, susulan kemelut bersama ibu kandungnya, Ariz Arop.
Menerusi rakaman siaran langsung yang dimuat naik semula oleh pengguna di media sosial, Kak KM berkata, kenyataannya itu dibuat berdasarkan pengalamannya pernah bekerja bersama Anna sebelum ini.
“Sebab sebenarnya Kak KM bukan nak sebelahkan sesiapa, tapi terus terang aku cakap, aku memang sebelah Anna Jobling sebab Kak KM pernah syuting dengan dia.
“Walaupun kita tak kenal rapat, tapi kita boleh tengok orang tu. Dia sangat jujur, dia baik. Anna ni memang budak yang baik,” katanya.
Ujar Kak KM lagi, nalurinya sebagai seorang yang ‘pandai membaca orang’ membuatkan dia yakin dengan sifat jujur dan kebaikan Anna, sekali gus menolak tanggapan negatif yang dilemparkan terhadap pelakon itu.
Terdahulu, konflik antara Anna dan ibunya terus menjadi perbualan hangat selepas tular rakaman video Ariz mendakwa dirinya dilayan secara hina dan dikeluarkan dari kereta Anna oleh peguam anaknya.
Isu tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk yang bersimpati dengan keadaan Anna serta mempertahankan tindakan pelakon itu, sambil menegaskan Mahkamah tidak akan mengeluarkan perintah injunksi tanpa bukti kukuh.
Must-Watch Video