Populariti yang dikecapi bintang drama sensasi Korea Selatan, Han So Hee dimanfaatkan dengan baik oleh pelakon wanita itu.

Selepas pernah dilaporkan hanya menjadi pekerja di bar dan memiliki wang kurang dari RM1, 000 sewaktu berhijrah ke Seoul pada tahun 2014, kini kehidupan So Hee berubah menjadi semakin baik.

Krisis kewangan yang pernah dilaluinya sebelum ini nampakya semakin pulih apabila bintang World Of The Married sudah mampu membeli aset seperti rumah secara tunai!

Menerusi laporan Koreaboo, So Hee baru secara rasmi memiliki apartment mewah yang dibelinya secara tunai dengan nilai sekitar RM6.8 juta.

Dia dikatakan telah membayar wang pendahuluan pada 20 Disember 2021 untuk kediaman yang terletak dalam kawasan elit dan dipenuhi dengan selebriti Korea Selatan lainnya di kawasan Achiwul Village.

Wanita cantik itu kemudian melunaskan baki bayaran secara tunai pada Februari lalu sekaligus memiliki apartment di Villa De Greeum itu dengan harga di bawah pasaran.

Sebelum ini, So Hee dikatakan telah melakukan pencarian kediaman idamannya di beberapa kawasan berpotensi, namun akhirnya jatuh cinta dengan kawasan dan kejiranan di Achiwul Village.

Kawasan tersebut juga hanya 30 minit dari Seoul dan disifatkan sebagai strategik untuknya.

Untuk rekod, bintang My Name itu juga kini bukan sahaja menjadi rebutan para penerbit, tetapi laris sebagai model untuk pelbagai jenama mewah.

Kredit Foto: Cosmopolitan