,
Laman Utama

Pernah Tanam 40 Jenazah COVID-19 Sehari, Penggali Kubur Terima Anugerah Tokoh Frontliner Khas

Azwa Rahman
12/08/2021
10:20 MYT
Penggali kubur Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak, Roslee Ali, dianugerahkan sebagai Tokoh Frontliner Khas Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.
Pemilihan Roslee, 63, dibuat atas sumbangannya dalam urusan pengebumian jenazah COVID-19 sejak pandemik melanda negara serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari.
Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, Anugerah Tokoh Frontliner ini adalah kategori baharu diperkenalkan tahun ini dan anugerah diberikan kepada Roslee itu atas sumbangan dan baktinya sejak terbabit dalam kerjaya ini bermula 2011.
Meninjau ke ruangan Twitter, penganugerahan ini menerima pujian wargamaya yang rata-ratanya tersentuh dengan pengorbanan yang dilakukan.
Malah, ramai yang mendoakan kesejahteraan pakcik Roslee agar dia terus kuat dan dapat terus berbakti pada negara.
Semoga diberi kebaikan & tempat yang terbaik di dunia dan akhirat,” komen seorang wargamaya.
Semoga peroleh ganjaran besar dunia dan akhirat.. fardhu khifayah ditunai hari-hari.. semoga pakcik kuat,” doa seorang wargamaya.
Syukur alhamdulillah atas pengorbananmu selama nie. Tahniah, Aamin,” ujar seorang wargamaya.
Syabas tok Roslee, semoga jasa dan kerajinnan mu dirahmati Allah SWT.. Amiin,” tulis seorang wargamaya.
Masyallah, hebat. Besar pahala penggali kubur ni,” kata seorang wargamaya lagi.
Kredit foto: Harian Metro dan Malaysia Gazzate
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kecoh Persembahan Maal Hijrah Dengan Robot, Ini Respons Penyanyi Mawi - "Saya Hanya Dijemput Untuk ..."

gempak
09/07/2024
06:59 MYT
Penyanyi dan penyampai radio, ZAYAN, Mawi menjelaskan mengenai penglibatannya di acara sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini.
Hiburan

Netizen Persoal Aneh Bawa Optimus Prime & Bumble Bee Atas Pentas, JAKIM Tampil Beri Penjelasan Konsep Persembahan Khas Sambutan Maal Hijrah

gempak
09/07/2024
04:03 MYT
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil memberikan penjelasan susulan isu konsep persembahan khas sempena sambutan Maal Hijrah peringkat kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini.
Viral

Maal Hijrah: Lebih 60,000 Dijangka Sertai Malam Ehsan Untuk Ihsan, Ada Pengisian Rohani Ustaz Somad Batubara

gempak
06/07/2024
12:30 MYT
Bersempena sambutan Maal Hijrah 1446H esok (7 Julai), sebuah acara perhimpunan istimewa dipanggil Malam Ehsan Untuk Insan dianjurkan Pertubuhan Islam  Malaysia (MAPIM) di Dataran Karnival, perkarangan Stadium Shah Alam.
Laman Utama

"Betapa Powerfulnya Surah Ar-Rahman & Al-Waqiah" - Betty Rahmad Bertudung Ketika Maal Hijrah, Tersentak Selepas Pemergian Siti Sarah

gempak
12/08/2021
11:15 MYT
Hidayah itu milik Allah...
Berita

Bertudung Sempena Maal Hijrah, Serina Redzuawan Dipuji Manis

gempak
11/09/2018
09:28 MYT