Pernah Terlibat Dengan Ajaran Sesat, Pablo Amirul Kesal, Harap Kisah Hidup Jadi Tauladan Ramai - “Saya Terlalu Percaya Cinta..”
29/08/2024 07:55 MYT
Pelakon Pablo Amirul berkongsi semula detik apabila pernah terjebak selama dua tahun dalam ajaran sesat Millah Abraham kerana mengikut kekasih.
Doa ibu
Tampil meluahkan rasa sesalnya, Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd. Sakri, 38 bagaimanapun bersyukur kerana berkat doa ibunya kini dia kembali ke ajaran Islam.
“Saya sertai sebab cinta, saya terlalu percaya sebab cinta dan saya memang kecewa dengan perkara ini. Saya sedar perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada saya, dan saya asyik terfikir dengan apa yang berlaku kerana sebabkan cinta saya jual akidah.
“Tapi orang luar di luar sana senang lah bercakap, saya yang alami mungkin l ada alasan kenapa Allah bagi saya lalui perkara ini bersyukurlah sebab doa ibu yang sentiasa mengharapkan saya kembali ke jalan yang benar,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
BERITA TRENDING: Upload Gambar Baru Di IG, Ramai Terpegun Lihat Penampilan Terkini Ira Kazar - "Cantik, Macam Orang Turki"
BERITA TRENDING: “Tak Sangka Itu Yang Terakhir, Fuad Hilang Terus Tak
BERITA TRENDING: Maid Sentap Kena Marah Dengan Zaquan, Punca Lari
BERITA TRENDING: Marissa Dania Tengah Berpantang, Umisya Ada Sebab Perlu Buat ‘Live TikTok’ Bersama Aslam - “Bukanlah Untuk Ambil Kesempatan Atau Apa…”
Dengan pendedahan yang telah dibuat, pelakon Polis Evo itu turut berharap agar kisah peribadinya ini dapat dijadikan tauladan orang ramai supaya tidak mudah mempercayai seseorang.
“Pada mulanya saya sedar saya menjadi mangsa, selepas saya tersedar perkara tersebut sudah menjadi tanggungjawab saya untuk menyebarkan perkara tersebut.
“Saya sudah melalui dua-dua tapi sekarang ini apa yang saya ikuti sekarang memang ibadah 5 waktu, tapi saya tak menolak fahaman-fahaman ini masih berleluasa di sana.
“Harap semua berhati-hati apabila mencari jalan ketuhanan kerana benda ini terlalu banyak penunggang jadi jadikan apa yang saya lalui ini sebagai tauladan.Nilaikan sendiri apa yang saya lalui,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Pablo mendedahkan dirinya sudah dua tahun mengikuti ajaran sesatmenerusi sesi siaran langsung di Facebook (FB).
Jelas Pablo, dia berbuat demikian selepas mengikuti seorang wanita yang juga bekas kekasihnya dipercayai juruterbang.