VIRAL
Pernah Terpalit Dengan Kontroversi, Kehidupan Qawiy Jadi ‘Gelap’ - “Masa Itu, Iman Saya Betul-Betul Rosak Sampai…”
Pempengaruh islamik, Qawiy mengakui dia pernah terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri disebabkan isu viral pada suatu ketika dahulu.
Menerusi potong klip dari podacats YouCast di TikTok, Qawiyaro atau Qawiy berkata, tekanan yang dialaminya ketika itu membuatkan dia hilang arah tujuan hidup.
“Saya cuba untuk bunuh diri disebabkan kes viral terdahulu. Pada masa tu, saya banyak stay dekat masjid untuk satu hari, tak makan disebabkan kes haritu. Kemudian saya duduk dalam kereta, saya cari cara paling tak sakit untuk mati.
“Bila saya fikir balik kenapa saya perlu cari benda tu. Kemudian, yang keluar maklumat itu semuanya dalam bentuk saintifik. Saya ingat lagi, maklumat tu tulis bila kita potong tangan sendiri atau apa ap sahaja, badan kita akan beri reaksi kepada otak kita dan ia akan rasa sakit. Jadi, ayat disitu adalah tiada ada cara yang tak sakit untuk mati.
“Selepas itu, saya cari lagi apakah hukum bunuh diri. Walaupun saya tahu hukum bunuh diri itu apa tapi saya tetap nak mencari ada tak kelonggaran hukum bunuh diri itu sendiri.
“Masa itu iman saya betul betul rosak sampai saya tetap mencari adakah masuk neraka itu sampai bila bila ataupun tidak? Adakah saya peluang untuk masuk ke syurga untuk dosa bunuh diri. Yang keluar semuanya hadis dan saya baca kalau kita terjun untuk bunuh diri, di akhirat nanti kita akan lakukan perkara yang sama sampai bila-bila,” katanya.
Selepas menyedari tindakannya itu mampu membahayakan nyawanya sendiri, Qawiy mendedahkan dia menghubungi adiknya untuk menemani dan mendengar luahan hatinya.
“Disebabkan saya takut untuk melakukan perkara itu, jadi saya terus menelefon adik saya. Adik saya lah orang pertama yang saya luahkan apa yang saya rasa.
“Selama dua minggu saya simpan perasaan ni walaupun saya tinggal bersama kawan kawan saya. Adik dan mak saya juga memberi nasihat kepada saya apa yang berlaku ini hanyalah sementara sahaja,” kongsinya.