Hiburan
“Perniagaan Ini Tidak Berjaya Sebab Ada Unsur Percintaan…”- Isteri Lan Solo Dedah Kisah Ketika…
Isteri kepada Lan Solo, Nur Shiela Hassim mengimbau kenangan ketika dia dan suami membuka perniagaan pertama iaitu studio jamming.
Menurut Shiela ketika itu mereka baru sahaja bertunang dan terpaksa mengorbankan segala duit simpanan termasuk tabung kahwin untuk merealisasikan impian membuka perniagaan bersama.
Namun perniagaan itu tidak dapat bertahan dan tidak berjaya diteruskan kerana kata Shiela mereka ketika itu sedang asik bercinta.
“Nak throwback sikit pernigaan pertama kami. Masa tu baru sahaja bertunang jadi kami buka studio jamming.
“Masa ni habis segala duit gaji, duit show serta duit tabung kawen kami korek untuk merealisasikan impian nak ada bisnes bersama.
“Malangnya, pernigaan ini tidak berjaya ya sebab ada unsur percintaan di situ. Fokus banyak pada dating dan dating. Fokus kerja tu 20% je kot, yang lain semua dating.
“Dah la habis duit, lepas tu pergi dating pula, lagi la tak berduit,” katanya.
Shiela dedah cerita tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto ketika di majlis pelancaran perniagaan pertama itu.
Tambah Shiela lagi, perniagaan itu punca mereka terpaksa lewatkan perkahwinan selama dua tahun.
“Nak kahwin gigih cari duit, tu yang extend tunang sampai dua tahun tu. Tapi nasib baik kahwin dan jodoh kami panjang. Alhamdulillah.
“Gila tak jadi kahwin, segala tabung ayam, tabung itik semua saya pecahkan.. demi cinta katanya
“Perjalanan kami jauh danpanjang, sampai la kami ada perniagaan Solo Borneo Mart harini.. semua hasil idea dan angan-angan kami berdua,” sambungnya.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 itu diserikan dengan empat cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra, 2.
Must-Watch Video