Kumpulan Nico G menjadi bintang Gegar Vaganza 8 (GV8) pertama yang tersingkir pada konsert ketiga yang berlangsung sebentar tadi.

Bertemakan Segalanya Ku Terima Nico G yang menyanyikan lagu Manis (Zainal Abidin) hanya mampu menerima markah 50.1%, berbanding bintang lain.

Persembahan bintang pada konsert ketiga dinilai oleh juri tetap GV8, Datuk Ramli Ms, Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang sebagai juri tetap manakala juri jemputan pula Datuk AC Mizal.

Berikut merupakan markah penuh peserta:

  1. Nikki (Semalam) -84.8%
  2. Alif Aziz (Kasihnya Laila) -83.9%
  3. Adibah (All I Ask) -81.3%
  4. Suki Low (Badarsila) -78.6%
  5. Sa.Ya (Better Man) - 73.7%
  6. Aweera (Boneka) -71.5%
  7. Upiak (Retak) -61.3%
  8. Bandi (Nak Dara Rindu) - 60.1%
  9. Shidee (Blue Suede Shoes) -58.3%
  10. Ani Mayuni (Hadirlah Kekasih) -58.1%
  11. Azan Scan (Ini Rindu) - 54.8%
  12. Fazley (Yang Sedang- Sedang Saja) - 54%
  13. Nico G (Manis) - 50.1%

Terdahulu, di awal konsert Aweera diumumkan sebagai pemenang Anugerah Betul-Betul Luar Biasa Digi manakala Bintang Cuckoo Paling Gempak pula dimenangi Saiful Apek dan Yasin (SAYA).

Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.

Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.

Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.

Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.