“Perpisah Itu Dibenarkan Andai Mendatangkan Keburukan”-Nourul Depp Beri Kata Semangat Kepada Vanidah Imran & Rashidi Ishak

Syafiqah Jalal
Mac 21, 2019 05:30 MYT
Penyanyi Nourul Depp akui bersedih dengan berita perceraian pasangan Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.
Sebagai seorang yang pernah melalui episod penceraian seperti itu, Nourul berkata, dia agak kecewa kerana bukan mudah untuk mengharunginya.
Namun, menurut Nourul, perpisahan itu dibenarkan jika ia mendatangkan keburukkan kepada kedua pasangan.
“Jika ada yang berpisah, samada kawan atau tidak, saya sering kecewa. Kerana dah pernah merasa. Bukan mudah. Baik buat lelaki atau wanita. .
“Namun perpisahan itu dibenarkan andai mendatangkan keburukkan kepada kedua pasangannya.
“Kita jangan mencari pula siapa salah siapa benar apabila terdenger perpisahan. Bukan cerita kita. Itu kisah depa. Kita dengaq saja. Toksah ambik side. Toksah masuk dalam hidup depa. Depa lebih tau. Kita yang tahu, doakan sebaiknya,” tulisnya.
Bagaimanapun, Nourul berharap agar pasangan itu diberi ketenangan selepas apa yang berlaku.
“Buat Kak Vanidah yang kami sayangi juga buat Abang Shidee, semoga Allah beri ketenangan. Tiada perkara yang berlaku tanpa sebabnya. Semoga kekal sihat dan maju keduanya. Love you both,” katanya lagi.
Nourul berkahwin dengan Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.
Kemudian Nurul melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.
#Kahwin #cerai #Vanidah Imran #Kahwin #Nourul Wahab