Hiburan

Persefahaman Baharu Dicapai, Lagu-Lagu Artis Universal Muzik Group Bakal Kembali Ke TikTok

Umirah Halim
03/05/2024
11:55 MYT
Universal Muzik Group (UMG) dan TikTok telah mencapai kata sepakat dengan mengumumkan ‘perjanjian pelesenan pelbagai dimensi’ baharu sekaligus menamatkan perselisihan mengenai isu royalti lagu-lagu dari penyanyi di bawah naungan UMG yang telah digunakan sebagai muzik latar di aplikasi TikTok.

Lagu artis UMG Kembali di TikTok

Menerusi perjanjian itu, UMG dan TikTok telah mencapai persetujuan bahawa lagu-lagu daripada penyanyi seperti Drake, Taylor Swift, Lady Gaga akan kembali semula di platform TikTok.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Group, Sir Lucian Grainge berharap kerjasama ini bakal menggalakkan minat artis dan penulis lagu untuk bekarya di platform tersebut.
“Bab baharu dalam hubungan kami dengan TikTok ini memfokuskan pada nilai muzik, keutamaan kesenian manusia dan kebajikan komuniti kreatif. Kami berharap dapat bekerjasama dengan pasukan di TikTok untuk memajukan minat artis dan penulis lagu kami dan memacu inovasi dalam penglibatan peminat sambil memajukan pengewangan muzik sosial," katanya dalam satu kenyataan.

CEO TikTok berbesar hati

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Chew dalam satu kenyataan pula berbesar hati dengan kata sepakat yang sudah dicapai bersama UMG.
"Muzik adalah sebahagian daripada ekosistem TikTok dan kami berbesar hati telah menemui laluan ke hadapan dengan Universal Music Group.
Kami komited untuk bekerjasama untuk memacu nilai, penemuan dan promosi untuk semua artis dan penulis lagu UMG yang hebat, dan memperdalam keupayaan mereka untuk berkembang, berhubung dan terlibat dengan komuniti TikTok," katanya.
Terdahulu, UMG telah mengeluarkan surat terbuka kepada TikTok dan mendakwa bahawa aplikasi tersebut cuba untuk melakukan perniagaan berasaskan muzik tanpa membayar nilai yang setimpal untuk penggunaan lagu-lagu artis UMG tersebut pada Januari lalu.
Sumber: The Hollywood Reporter

Berita Trending: Aliff Aziz ‘Buka Mulut’ Isu Ditangkap Khalwat Dengan Ruhainies - “Untuk…

Berita Trending: Lama Tak ‘Contact’, Aliff Aziz Akui Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Pelajar Ini Cipta Lagu Rap Untuk Mudah Hafal Subjek Sejarah, Netizen Approved - “Kenapalah Adik Ni Tak Muncul Masa Kami SPM Dulu”

gempak
05/07/2024
06:55 MYT
Seorang pelajar lelaki menjadi tular selepas berkongsi cara kreatif untuk menghafal subjek Sejarah.
goldmovie

#GOLD: Sering Bawa Lagu Pembakar Semangat, Kaka Azraff Nak Teruskan Legasi Ella Dalam Bidang Nyanyian

gempak
03/07/2024
06:55 MYT
Dipilih sebagai penyanyi 'original soundtrack' (OST) dalam filem Gold, Kaka Azraff berkongsi dirinya mahu meneruskan legasi ibu saudaranya, Ella, menerusi lagu Kita Pasti Boleh.
Viral

Kalut Buat Live TikTok, Peniaga Telur Itik Cemas Tudung Terbelit Dalam Mesin - "Saya Masih Trauma!"

gempak
01/07/2024
04:55 MYT
Gara-gara leka membuat siaran langsung di TikTok, seorang pengusaha telur itik berdepan detik cemas apabila tudung yang dipakai termasuk ke dalam mesin pembersih telur.
Hiburan

Pontianak Dalam Muzik Video Mata(hari) Empty Page, Beri Makna Hilang Seseorang Atas Silap Sendiri

gempak
30/06/2024
19:29 MYT
Pembuka lembaran tahun 2024 dengan kehadiran ‘syg jgn mrh’ pada Februari menaikkan semangat kumpulan alternatif pop Empty Page untuk berkarya.
Hiburan

Netizen Kagum Tun Mahathir Hanya Follow Khairul Aming Di TikTok - "Beliau Memang Suka Anak Melayu Yang ..."

gempak
30/06/2024
07:50 MYT
Sepotong video memaparkan profil TikTok bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya mengikuti seorang pengguna iaitu ushawan muda, Khairul Aming berjaya mendapat perhatian netizen.