Hiburan
Persembahan Hebat Dan Bertenaga, Asyraf Nasir Diumum Juara RapStar ERA
Finalis program pencarian rapper terhebat RapStar ERA, Asyraf Nasir telah dinobatkan sebagai juara.
Asyraf telah menewaskan empat saingan terdekatnya iaitu Focussan, Nomad, Alfie dan Suayy G yang turut memberikan persembahan hebat pada pentas akhir Jumaat lalu.
Dengan kemenangan itu, Asyraf berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM2,000 beserta trofi.
Selain itu, Asyraf juga turut ditawarkan kontrak untuk menghasilkan sebuah single bersama Def Jam Recordings dan Universal Music Malaysia.
Manakala empat finalis lain pula menerima hadiah saguhati bernilai RM500 setiap seorang.
Mengimbas kembali persembahan mereka, lima finalis ini telah mempersembahkan bakat dan kreativiti mengikut cetusan idea untuk lirik serta rentak rap.
Lima finalis ini kemudiannya diadili oleh Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapura, Kenny Ong, Pengurus Rangkaian Kandungan Jenama Radio Melayu Astro, Nazri Noran dan penyanyi hip hop tanah air, SonaOne.
Selain finalis, penonton yang hadir juga turut dihiburkan dengan persembahan mantap daripada penyanyi baharu seperti Kmy Kmo & Luca Sickta, Dolla, Shalma Eliana dan Abu Bakar Xli.
Istimewanya lagi, persembahan itu juga turut dihangatkan dengan kehadiran penyanyi dari rap dari Singapura Fariz Jabba dan Yung Raja serta Indonesia iaitu Mukarakat.
RapStar ERA ini telah berlangsung di The Bee pada hari Jumaat lalu bermula jam 8 malam.
Must-Watch Video