Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Persembahan Memukau, Vokal Masih Solid! Ini Momen-Momen Konsert Sulung Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey

Umirah Halim 23/12/2024 | 11:55 MYT

Selepas 3 dekad berkecimpung dalam industri, impian penyanyi, Datuk Nora Ariffin terlaksana apabila berjaya mengadakan ‘Konsert Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey’ di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Bandar Utama pada tanggal 18 Disember lalu.

Berikutan daripada itu, Jom Gempak kongsikan corat-coret sepanjang konsert tersebut berlangsung.

Konsert yang berlangsung lebih kurang dua jam itu menyaksikan Nora menyanyikan semua lagu hitsnya termasuk Rentak Jantung, Debaran, Dipersimpangan Dilema, Jentayu, Dendam Dalam Diam, Naluri, Hanya Satu, Menyemai Cinta Bersamamu, Interlude, Desa Tercinta, Materialistik, Selamnya Bahagia, Kenangan Terakhir, Sandiwara, Samudera, Joget Kelantan dan Sabar.

Segmen Tribute Allahyarham Johan Nawawi

Ketika segmen tribute untuk arwah suaminya iaitu Johan Nawawi, Nora tidak dapat menahan sebak ketika kali pertama melihat ‘sample’ video untuk segmen AI (Kecerdasan Buatan) bersama Allahyarham suaminya.

Tambah Nora, segmen istimewa itu memang dibuat khusus untuk mengembalikan kehadiran Allahyarham yang juga tulang belakangnya dalam kerjaya seni selama ini.

“Saya mahu semua penonton merasai kehadiran arwah dalam konsert ini. Dia insan yang mendorong saya sejak awal lagi. Lagu Pinta yang dinyanyikan arwah itu memang lagu duet dan kita buat dengan menggunakan teknologi yang ada untuk sampaikan mesejnya bersama kita dalam konsert ini.

“Kali pertama, saya tengok rakaman itu saya menangis tapi bila berlatih dengan ‘minus one’ saya tukar kesedihan itu dengan niat melakukan semua ini untuk arwah,” ujarnya ketika di atas pentas.

Kata Nora, dia juga sudah meminta keizinan suaminya yang sekarang, Dr Rushdi Ramli untuk melakukan segmen tribute tersebut.

Nyanyi bersama anak-anak

Di samping itu, Nora turut mengundang anak-anaknya untuk menyanyi bersama.

Menerusi segmen tersebut, Nora menjemput anaknya Putri Dahlia untuk duet lagu ‘Old Love’. Malah, mereka berdua turut sempat mendendangkan lagu duet Sabar.

Kemudian, dia mengundang anak-anaknya yang lain untuk menyanyi lagu yang ditulis oleh arwah Johan buat mereka sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Tua, Tak Perlu Emosi…” - Isu Perbalahan Keluarga Suami, Nora Ariffin Pilih Untuk Bersikap Lebih Matang

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin, Anak-Anak Jumpa Pakar Psikiatri - "Kadang-Kadang Kita Tak Tahu..."

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Dakwa Digelar 'Sundal', Anak Tiri Tampil Bersuara... Dedah Ada Simpan Banyak Bukti - "Lagi Buat Diam Lagi Seronok Dia Eh”

ARTIKEL BERKAITAN: Sah Rujuk Balik Dengan Bekas Suami Depan Hakim & Mahkamah, Tanda Pagar Nora Ariffin #MogaTiadaPaksaanLagi Curi Tumpuan!

Seramai 700 peminat setia Nora telah membanjiri Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) pada malam tersebut.

Selain peminat, rakan artis seperti Ziana Zain turut hadir memberi sokongan.

Turut hadir Datuk Nasser Abu Kassim iaitu individu yang bertanggungjawab mengambil Nora sebagai artis rakaman Warner Music pada tahun 1994.

Konsert itu dibawakan khas oleh syarikat Nora sendiri, Johan Nawawi Sdn Bhd (JNSB) dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Kumpulan MyCreative Ventures.

#Konsert #Nora #Ariffin #sulung #journey
;