Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia ‘Truly Asia Malaysia 2020’, Theatre St Petersburg Russian Ballet akan menganjurkan tarian balet The Sleeping Beauty.

Dibawakan oleh The Dance Company (TDC) adalah bertujuan untuk mempromosikan Malaysia di persada dunia.

Perkara itu diumumkan oleh Datuk Isham Ishak, Setiausaha Agung Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurut beliau, The Sleeping Beauty merupakan acara pertama sebagai persediaan untuk Kempen Melawat ‘Truly Asia Malaysia 2020’.

"Saya gembira menjadi sebahagian daripada kerjasama bersejarah ini di antara Malaysia dan Rusia. Kami meletakkan prestasi St Petersburg Theatre Russian Ballet ke dalam kalendar Visit 2020.

“Kementerian saya percaya bahawa kempen ini (The Sleeping Beauty) bakal memandu arah ke hadapan untuk mencapai matlamat Visit 2020 kami yang dijangkakan berjumlah 30 juta pelancong,” kata beliau lagi.

Pementasan The Sleeping Beauty akan berlangsung pada 11, 12 dan 13 Oktober 2019 di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur.

Tiket dijual serendah RM292 dan boleh dibeli di sini.