Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Persetubuhan Dengan Mayat, Liwat... Ini Senarai Kesalahan Enakmen Syariah Kelantan Yang Terbatal

Awani
09/02/2024 14:55 MYT
Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 hari ini memutuskan bahawa 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Dalam penghakiman itu, Tengku Maimun berkata Seksyen 11, 14, 16, 17, 31, 34 , 36, 39, 40, 41, 42, 43, 44, 45, 47, 48 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya sedih dengan perkembangan itu dan memberi amaran perkara sama mungkin berlaku kepada enakmen syariah negeri lain kelak.

Berikut adalah 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 yang diputuskan sebagai terbatal dan tidak sah.

Seksyen 11: Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat
Seksyen 14: Liwat
Seksyen 16: Persetubuhan dengan mayat
Seksyen 17: Hubungan seksual dengan bukan manusia
Seksyen 31: Gangguan seksual
Seksyen 34: Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu
Seksyen 36: Apa-apa yang memabukkan
Seksyen 39: Mengurangkan skala, ukuran dan berat
Seksyen 40: Melaksanakan transaksi muamalat yang bertentangan dengan 'hukum syarak' (undang-undang syariah)
Seksyen 41: Melaksanakan urus niaga mualat melalui riba
Seksyen 42: Penyalahgunaan label dan konotasi halal
Seksyen 43: Menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat
Seksyen 44: Tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat
Seksyen 45: Perbuatan maksiat sebagai persediaan
Seksyen 47: Perbuatan sumbang mahram
Seksyen 48: Muncikari (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan hukum syarak)

Dua seksyen yang dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan ialah Seksyen 13 iaitu menjual atau memberikan anak kepada bukan Islam atau Muslim yang tercela dari segi moral dan Seksyen 30 iaitu menggunakan perkataan yang boleh memecahkan keamanan.

Foto: Perbadanan Putrajaya
Sumber: Astro Awani

#Senarai Kesalahan Enakmen Syariah Kelantan
;