Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Persetubuhan Luar Tabii Dengan Kambing Betina, Warga Emas Mengaku Tak Bersalah

Awani 25/11/2021 | 12:15 MYT
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina di belakang rumah jirannya, Julai lalu.
Shaari Hasan, 60, didakwa melakukan perbuatan itu di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang di sini pada 1.30 tengah hari, 27 Julai lalu, mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Shaari, yang memakai baju kemeja bercorak flora mengangguk faham dan mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Berita lanjut di Awani
#Mahkamah #Polis #Kambing #warga emas #Seks #Lelaki #Luar Tabii
;