Pelakon Atikah Suhaime mendedahkan persiapan perkahwinannya bersama penyanyi Awi Rafael hampir selesai.

Atikah dan Awi bakal berkahwin pada 17 Mac tahun hadapan di Singapura.

"Alhamdulillah, setakat ini persiapan perkahwinan hampir selesai. Baju, tempat, semuanya sudah dibereskan, cuma beberapa perkara seperti doorgift yang belum dibuat lagi.

"Majlis akan diadakan sehari sahaja dan melibat kedua-dua keluarga. Jemputan ada 1,000 orang.

"Pagi itu kami akan bernikah disusuli dengan resepsi untuk keluarga pada petang dan untuk rakan-rakan pada malam," katanya.

Dalam pada itu, Atikah memohon doa peminat untuk kelancaran majlis.

"Insya-Allah, kami merancang untuk membuat makan-makan secara kecil-kecilan di Malaysia untuk peminat dan teman media.

"Mungkin kami akan menjemput anak-anak yatim juga untuk meraikannya tetapi semuanya masih dalam perancangan.

"Apa yang penting, kami mohon doa semua pihak agar majlis kami berjalan lancar," katanya kepada HLive!

Episod akhir drama bersiri lakonan Atikah, Cinta Tiada Ganti bakal bersiaran pada Isnin ini, 26 November, jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).