Pasangan selebriti, Kamal Adli, 35, dan Uqasha Senrose, 29, mendedahkan bakal mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka.
Bagaimanapun, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen masih merahsiakan tarikh sebenar perkahwinan namun menyatakan majlis itu akan diadakan di sebuah pusat peranginan tanah tinggi.
"Kami akan adakan tiga majlis iaitu satu untuk keluarga dan rakan-rakan rapat memandangkan lokasi yang kami pilih itu kehadiran tetamu adalah terhad kepada 350 orang sahaja.
"Untuk majlis kedua, kami akan jemput rakan-rakan artis serta pihak media. Bagi acara ketiga, kami akan undang peminat Uqasha dan Kamal untuk sama-sama meraikan hari bahagia kami.
"Setakat ini, alhamdulillah 80 peratus persiapan sudah diselesaikan dan kami mengharapkan doa yang baik-baik daripada anda semua," kata Uqasha kepada kepada Gempak.
Uqasha dan Kamal ditemui usai siaran langsung untuk program MeleTOP di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli akui berasa teruja akan bergelar seorang suami tidak lama lagi.
Malah katanya, dia menyerahkan sepenuhnya kepada kakak kepada aktres Nelydia untuk membuat pilihan bagi merealisasikan dream wedding yang diinginkan.
"Saya teruja dan dalam masa yang sama kena belajar (tanggungjawab seorang suami).
"Uqasha ada dream wedding dia sendiri dan saya ikutkan sahaja sebab percaya dengan semua pilihan yang dia buat.
"Apabila majlis dah nak dekat nanti kami akan beritahu bila tarikhnya dan tema majlis semua.
"Saya harap semua pihak dapat mendoakan yang terbaik. Moga ketika itu SOP dah longgar sikit untuk kita semua merentas negeri," katanya.
Sebelum ini, Uqasha telah dilamar oleh Kamal pada malam Anugerah MeleTOP Era (AME2020).
Spekulasi hubungan mereka hangat diperkatakan selepas keduanya sering digandingkan bersama dalam drama termasuklah Perempuan Tanpa Dosa.
BACA: Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose Di AME 2020, Uqasha: "Yes"
Zulaikha Yusof
Wed Mar 31 2021
Muaz Zabir Bermadah Pujangga, Jom Fahami Maksud Perumpamaan Ini! - "Rebung Tak Miang, Bemban Pulak Miang"
Pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengan Bella Astillah, Muaz Zabir tampil berkongsi beberapa petikan peribahasa di Instagramnya.
“3.99 Ni Hadiah Birthday Mummy” - Anak Rita Rudaini Dapat Keputusan Cemerlang Straight A
Pelakon Rita Rudaini berkongsi berita gembira tentang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram, Rita menitipkan doa serta memanjatkan rasa syukur ke atas pencapaian anak sulungnya itu. “Alhamdulillah, syukur pada Allah, tahun ni Ryan Top 10 bat
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.