BumiLangit Studios dan Screenplay Pictures telah tampil mengumumkan para pelakon yang akan terbabit sebagai adiwira dan penjahat dalam BCU Jilid 1 yang diadaptasi daripada komik kepahlawanan.

Antara nama-nama besar yang bakal terbabit ialah Nicholas Saputra (Aquanus), Joe Taslim (Mandala), Ario Bayu (Ghani Zulham), Dian Sastro (Dewi Api) dan pelakon Malaysia, Bront Palarae sebagai Pengkor.

Inilah karakter dan para pemain Jagat Sinema Bumilangit Jilid I (bagian 1) #BCU29Agustus

A post shared by Joko Anwar (@jokoanwar) on

Inilah karakter dan para pemain Jagat Sinema Bumilangit Jilid I (bagian 2)

A post shared by Joko Anwar (@jokoanwar) on


Kesemua pelakon yang diumumkan akan terbabit dalam filem-filem dalam Jilid 1 sepanjang tempoh lima tahun akan datang mulai tahun ini.

Dimulakan dengan Gundala, watak lakonan Abimana Aryasatya itu akan menjadi jagoan pertama daripada Jagat Sinema BumiLangit dan akan mula ditayangkan pada 29 Ogos ini.

Kata sutradara dan penulis Gundala, Joko Anwar, Jilid 1 merupakan jalinan filem berdasarkan komik pahlawan yang menceritakan dua era dan disesuaikan dengan keadaan Indonesia.

"Cerita-ceritanya sesuai dengan keadaan di Indonesia dan topik-topik yang sering dihadapi di Indonesia juga," katanya kepada media tempatan.

Selain itu, Bumilangit turut mengumumkan senarai filem yang bakal diterbitkan selepas Gundala.

Filem-filem tersebut ialah Sri Asih, Godam & Tira, Si Buta Dari Gua Hantu, Patriot Taruna dan Mandala Golok Setan.

Inilah film-film dalam Jagat Sinema Bumilangit Jilid I #BCU29Agustus

A post shared by Joko Anwar (@jokoanwar) on


Sumber: CNN Indonesia