HIBURAN

Persis Pengantin! Amira Othman Berseri Gayakan Busana Serba Putih, Netizen: “Nampak A & F Dekat Hanger”

Umirah Halim 24/08/2025 | 02:55 MYT
Perkongsian usahawan, Wanie Elena mencuri perhatian apabila menampilkan penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengenakan busana serba putih lengkap dengan sejambak bunga tangan seperti pengantin.

Menerusi video tersebut, dipaparkan juga hanger huruf A dan F serta kad dengan tarikh 26/08 yang tertera huruf sama.
undefined “Masya-Allah berseri betul pengantin ni @Amira Othman Setuju tak korang?” tulis Wanie di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selain mengaitkan Amira dengan pelakon, Fattah Amin.

“Nampak A dan F hahaha.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dipanjangkan jodoh Amira dan Fattah, aamiin.

“Semoga semuanya menjadi realiti… dipermudahkan segala urusan,” komen beberaoa netizen.

Bagaimanapun, segelintir warganet menebak perkongsian tersebut merupakan gimik bagi Hijabistahub Bridal Series.

“Duta bridal series Hijabistahub je kan?

“Ni gimik ke ni?,” komen beberapa netizen.


#Amira Othman #Pengantin #Amin #Fattah