Drama
Persis Siri Antarabangsa, Netizen Terpegun Lihat Skill Editing Trailer i.D
Sebuah video yang memaparkan proses penyuntingan trailer drama i.D di platform TikTok berjaya meraih pujian daripada netizen.
Menerusi video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok yang juga merupakan penyunting bagi trailer ID, Zoul Fazli, memaparkan timeline penyuntingan trailer tersebut.
undefined Timeline saya untuk trailer i.D. Had a great time crafting this one,” tulis nya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hasil trailer tersebut sehinggakan ada yang menyamakannya seperti sebuah drama siri televisyen thriller psikologi Amerika yang terkenal, You.
“Baru je nampak trailer ni kat twitter tadi dan duk terfikir gak macam mana lah editingnya sebab power nak mamps rasa tak sabar nak tengok ni.
“Sumpah editing dia macam cerita “You” dekat Netflix. Power mat.
Berita Trending: Naim Daniel Cabar Diri Main Dua Karakter Yang Berbeza Di Dalam Naskhah I.D
“Baru je nampak trailer ni kat twitter tadi & duk terfikir gak macam mana la editing nya sebab power nak mampos rasa tak sabar nak tengok ni.
Untuk pengetahuan, siri drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat pelakon terkenal tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.
Saksikan I.D bermula bermula 23 Februari, setiap Jumaat jam 9 malam.
Siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 ini bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.
Sinopsis i.D
I.D, mengisahkan Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta BEBAS App, aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat-maklumat pengguna bagi tujuan pemakluman info semasa. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.
Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta maklumat pengguna daripada BEBAS App dan mencipta watak baharu iaitu Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.
Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.