Teka teki mengenai tarikh pelancaran dan harga Sony PlayStation 5 (PS5) akhirnya terjawab apabila Sony mengumumkan tarikh rasmi berkenaan.

Menurut pihak Sony, PS5 akan dilancarkan pada 12 November depan di tujuh pasaran utama.

Antara negara yang bakal menikmati kelebihan tersebut adalah Amerika Syarikat (AS), Kanada, Mexico, Australia, New Zealand, Jepun dan Korea Selatan.

Pelancaran global berkenaan akan diteruskan pada 19 November membabitkan benua Eropah, Timur Tengah, Amerika Selatan, Asia dan Afrika Selatan.

Bagi harga pula, PS5 versi digital dianggarkan berharga RM1,758.

Versi konsol Ultra HD Blu-Ray adalah RM2,199 manakala pra tempahan boleh dilakukan dengan wakil jualan terpilih bermula esok.

Terdahulu, Sony sebelum ini turut mengumumkan senarai judul permainan yang bakal di bawah masuk.

Difahamkan sehingga kini sudah terdapat 26 permainan akan menggunakan konsul berkenaan sekali gus menyokong spesifikasi terkini PS5.

BACA: Demam PS5 Bakal Bermula, Ini 26 Permainan Paling Dinantikan Peminat!