Persoalkan Kelewatan Proses MITI, Fazley Yaakob Akhirnya Terima Respon
Syafiqah Jalal
15/06/2021 03:15 MYT
15/06/2021 03:15 MYT
Selebriti cef, Datuk Fazley Yaakob akhirnya mendapat respon dan jawapan dari pihak yang meluluskan kebenaran beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu MITI selepas mengadu kelewatan proses permohonannya kelmarin.
Pihak MITI telah meminta maaf dan membantu menjernihkan kekeliruan yang dihadapinya termasuk memberi panduan yang harus dilakukan.
“Terima kasih banyak pihak @mitimalaysia dan @kpdnhep yang berusaha memberikan panduan dan penerangan.
“Buat semua warga kerja yang sedang bertungkus lumus membantu kami semua, mohon turut bersabarlah dengan keluh kesah kami semua. Situasi kita sangat menduga, jika masing-masing tidak mahu bertolak ansur maka masalah yang sedia ada akan semakin parah.
“Alhamdulilah panduan telah diberikan dan permasalahan telah di kemas kini dan selesai. Terima kasih banyak!” ucapnya.
Fazley berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri yang sama dia telah memaparkan maklum balas yang diterima.
Terdahulu Fazley menerusi laman sosial Twitter dan Instagram (IG) mempersoalkan tentang berapa lama masa yang diambil untuk mendapatkan kelulusan MITI untuk kembali beroperasi.
Selain itu, Fazley juga meluahkan bahawa ramai pekerjanya yang mengalami masalah kewangan kerana ada dikalangan mereka adalah tunjang keluarga.
Fazley juga yakin bukan saja dirinya yang mengalami masalah ini, rata-rata perniaga lain juga.