GAYA HIDUP

Pertama Di Malaysia! 7 Fakta Menarik Tentang Aiskrim YoFlip Batik Momoyo Edisi Terhad Sempena Hari Kemerdekaan

Amri Hassan 23/08/2025 | 14:48 MYT
MOMOYO kembali mencuri perhatian dengan inovasi terbarunya: YoFlip BATIK Edisi Terhad sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68.

Dilancarkan di KLCC bersama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), aiskrim unik ini membawa gabungan keseronokan, citarasa berkrim dan sentuhan warisan budaya.

Berikut adalah 7 fakta menarik tentang YoFlip BATIK yang wajib anda tahu:

1. Aiskrim 'boleh diterbalikkan' pertama di Malaysia

YoFlip hadir dengan cawan istimewa yang boleh dibalikkan tanpa tumpah, menjadikan setiap hidangan lebih seronok dan interaktif.



2. Edisi batik meraikan warisan Malaysia

Rekaan cawan khas diinspirasikan daripada motif batik ikonik tanah air, simbol kreativiti, seni dan kebanggaan budaya Malaysia.



3. Lebih daripada sekadar aiskrim

“Kerjasama ini bukan sekadar aiskrim, ia tentang meraikan kreativiti Malaysia, warisan budaya serta semangat perpaduan,” kata Pengurus Besar MOMOYO Malaysia, Alex Tan.

4. 600 outlet menjelang 2026

Sejak memasuki pasaran Malaysia pada April 2024, MOMOYO sudah membuka 150 cawangan.

MOMOYO menyasarkan pembukaan 250 cawangan pada tahun 2025, berkembang kepada 300 hingga 400 cawangan pada 2026, dengan matlamat mencapai 600 cawangan keseluruhan dalam tempoh dua tahun.

5. Menu mampu milik dengan buah segar & Halal

Dengan harga RM5–RM10, MOMOYO menawarkan teh buah segar, aiskrim dan minuman berkualiti. Semua produk menggunakan buah-buahan segar, lengkap dengan pensijilan Halal dan 99% kakitangannya ialah rakyat Malaysia.

6. Peluang francais di seluruh negara

MOMOYO turut membuka peluang francais dengan sokongan penuh daripada rantaian bekalan, latihan operasi, reka bentuk cawangan hingga integrasi platform penghantaran. Kos permulaan juga berpatutan untuk menggalakkan keusahawanan tempatan.

7. Bila & di mana boleh dapatkan?

YoFlip BATIK Edisi Terhad mula dijual di semua cawangan MOMOYO di seluruh Malaysia bermula 29 Ogos 2025, sementara stok masih ada.
#Viral #Aiskrim #Hari Kebangsaan #Tourism #MOMOYO