,
Gaya Hidup

Pertama Di Malaysia! Pereka Fesyen FM Group Gabung Teknologi AI Dalam Pertunjukan Fesyen Kebaya - "Kami Akan Guna Konsep Sama Dalam ..."

Amri Hassan
04/10/2024
05:30 MYT
Meskipun fesyen moden semakin popular, busana tradisional Melayu tetap kekal istimewa dan semakin diminati oleh generasi muda.
Dua pereka fesyen, Jonathan Kok dan Farel Mikhail dari FM Group, meneruskan penerimaan positif terhadap busana tradisional, terutamanya kebaya, melalui program Jelajah Pesona Kebaya.

BERITA TRENDING: Penulis Pesona Kebaya Nafi Eksploitasi Kak KM - "Terkejut Ada Tuduh Kami ..."

BERITA TRENDING: Miss Universe Malaysia Peragakan Kebaya Songket Kuning, Ramai Puji! - "Nampak Mahal, Klasik"

Program ini bermula hari ini di World Top Gourmet Awards 2024 di Sunway Resort Hotel, di mana FM Group menonjolkan rekaan kebaya dari Malaysia.
"Alhamdulillah, destinasi pertama untuk siri Jelajah Pesona Kebaya berlangsung dengan jayanya.
"Apa yang menarik, kami dapat mengetengahkan 12 jenis kebaya antaranya Kebaya Kota Bharu, Perlis, Negeri Sembilan, Baba Nyoya, Johor - Riau serta banyak lagi kepada 1500 penonton berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India dari dalam serta luar negara yang hadir dalam acara itu.
"Rupa-rupanya masih ramai yang tak tahu fesyen kebaya ada pelbagai jenis dan latar belakang. Semua maklumat itu telah kami kumpukan dalam sebuah buku Pesona Kebaya yang telah dilancarkan sebelum ini.
"Apa yang ada dalam buku tersebut, kami terjemahkan dalam bentuk pertunjukan fesyen malam ini," katanya.
Menurut Jonathan pula, pertunjukan fesyen kebaya yang pertama seumpamanya ini turut mendapat sentuhan teknologi AI atau kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) yang popular kerana boleh meniru tingkah laku serta pemikiran manusia.
"Seiring dengan trend masa kini, buat pertama kali di Malaysia, kami menggunakan konsep teknologi AI yang turut memperaga serta memperkenalkan secara terperinci fesyen kebaya yang dibawakan.
"Ini secara tak langsung menarik minat penonton terutamanya generasi muda untuk mendalami lagi tentang fesyen kebaya. Bagi saya, gabungan AI dan fesyen tradisional merupakan langkah baharu yang perlu diteruskan demi memartabatkan kebaya.
"Kami akan menggunakan konsep yang sama dalam siri Jelajah Pesona Kebaya yang akan datang. Lokasi seterusnya akan kami umumkan dalam media sosial Precious of Malaysia," ujarnya.

BERITA TRENDING: [VIDEO] “Bangga Dengan Pakaian Tradisional Kita!” - Letup! Nabila Huda 30 Hari 30 Kebaya Di New York

Pertunjukan fesyen kebaya itu telah disempurnakan oleh Elégante Modelle yang turut menampilkan model-model ratu cantik iaitu Michelle Koong, Vinly Yim, Sally Lim, Angie Tan, Stella Lim, Veron Tan, Tracy Shi, Lee Tieng Tieng, Joyce Ng dan Angel Kwat.
Bukan itu sahaja, FM Group juga menampilkan muse mereka iaitu Wilson Tan yang pernah dinobatkan sebagai Asia Best Model dan Malaysia Top Male Supermodel. Wilson juga seorang Catwalk Coach dan Modeling Mentor.
Sedikit info tentang buku Pesona Kebaya, apa yang istimewa Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli melancarkan buku Pesona Kebaya- Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) pada Malam Gala di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), pada 4 Ogos baru-baru ini.
Tahun lalu pakaian tradisional kebaya telah dihantar pencalonan ke Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Representative List of the Intangible Cultural Heritage (ICH) of Humanity.
Di Malaysia, kebaya merupakan pakaian yang mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Baba Nyonya, Chetti dan Jawi) dan lain-lain masyarakat di Malaysia.
Disebabkan faktor ini dan FM Group sendiri membawa slogan 'Pesona Kebaya Road To UNESCO, ia menjadi pilihan buat Jonathan Kok dan Farel Mikhail untuk menghasilkan buku Pesona Kebaya dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bagi mempromosi baju kebaya di dalam dan luar negara.
“Bagi kami, anak-anak muda memainkan peranan penting dalam meneruskan budaya turun temurun nenek moyang kita.
“Saya harap buku Pesona Kebaya ini terus mendapat sambutan ramai kerana ia berkenaan budaya kita. Siapa lagi mahu berbangga dengan budaya kita kalau bukan kita sendiri.
“Selain itu, buku ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada pelajar yang mengambil bidang fesyen atau sesiapa sahaja yang meminati fesyen. Mereka boleh melihat perbezaan seperti pola dan cara jahitannya," jelas Jonathan.

BERITA TRENDING: “Bukan Saya B*gel… Kalau Saya Pakai Kebaya Pun, Orang Dah Cop Saya Lucah!” - Kak KM

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

13 Tahun Tanpa Album, Zee Avi Tampilkan Band Baharu! 'Oyasumi Na Sayang' Lagu Bersama Karyawan Jepun

gempak
04/10/2024
04:35 MYT
Walaupun sudah 13 tahun tanpa album baru, Zee Avi kini sedang mempersiapkan album ketiganya.
Hiburan

Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscar

gempak
04/10/2024
00:06 MYT
Filem Abang Adik dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa, Anugerah Akademi Ke-97 pada Mac tahun depan.
Viral

Rupa-Rupanya Sabari Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek

gempak
03/10/2024
06:42 MYT
Kejam apabila tergamak mengikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat sebelum dicampak ke sungai hanya kerana bagi menghapuskan bukti selepas mangsa mengenali wajah suspek yang menyamunnya.
Viral

Pemandu Kejam Larikan Diri, Biar Pelajar Tadika & Guru Mati Terbakar Dalam Bas

gempak
02/10/2024
18:55 MYT
Tragedi bas kemalangan dan terbakar yang meragut nyawa 20 pelajar tadika bersama tiga guru di Pathum Thani dekat Bangkok, Thailand pada 1 Oktober masih menyisakan kesedihan dalam kalangan keluarga dan masyarakat.
Hiburan

Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

gempak
02/10/2024
16:23 MYT
Personaliti televisyen dan isteri kepada Da'i Syed, Hana Ismail menzahirkan rasa syukur setelah dibantu oleh seorang penjaga sepanjang dia menjalani fasa berpantang.
BorakSeeni