Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

Pertama Kali Berlakon Dalam Drama Bersiri Satukan Rasa, Netizen Kata Lakonan Khai Bahar Comel!

Kamaruddin Razal
11/11/2019 00:25 MYT
Comel!

Begitulah respon rata-rata netizen di laman Twitter selepas menyaksikan lakonan penyanyi Khai Bahar dalam drama bersiri terbaru yang menghiasi slot Megadrama, Satukan Rasa.

Drama bersiri terbabit yang mula menemui peminat pada 4 November lalu sudah memasuki minggu kedua tayangan.

Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, ramai peminat yang memuji penampilan pertama Khai sebagai hero.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Selain Khai, drama Satukan Rasa terbitan Suhan Movies ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Siti Nordiana, Nine Mike, Yusuf Bahrin, Nina Juren, Nadya Syahera, Isyariana dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Hadith Omar, drama rantaian terbaharu ini mengisahkan Indah (Siti Nordiana), seorang balu dan ibu yang pernah menjadi seorang penyanyi terkenal suatu ketika dahulu.

Indah terpaksa masuk semula ke dalam industri muzik tanah air selepas dia dipadankan untuk membantu Jai (Khai Bahar), penyanyi viral yang mempunyai masalah gemuruh di atas pentas.

Jangan lupa saksikan drama Satukan Rasa di slot MegaDrama mulai hari ini, 4 November 2019, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!

Rindu ke tuh? CikBam belanja sikit apa jadi minggu depan. Jai palau Indah ke tuh? Saerah try Shah? SATUKAN RASA Mulai 4 November 2019 SETIAP ISNIN-KHAMIS 10 MALAM HANYA DI ASTRO RIA DAN RIAHD Diarahkan oleh @hadithomar Dibintangi oleh: @sitinordiana as Indah @khaibahar94 as Jai Bakri @nine.mike as Ben @shashaabedul as Dede @yusuf_bahrin as Shah @isyariana as Saerah @che_kem_ as Bakri @rajaazmi as Mak Kalthom @aininbatrisya_09 as Aira @malekmccrone as Ray @helmyhakimsta as Lee @ninajuren as Datin @nadyasyahera as Yatt #SATUKANRASA #megadrama

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on

#Khai Bahar #Satukan Rasa
;