Hiburan

Pertama Kali Berlakon Filem, Taufik Batisah Sedia Terima Kritikan

gempak
Ahmad Shah
26/07/2016
10:13 MYT
Sponsor Banner
Pertama Kali Berlakon Filem, Taufik Batisah Sedia Terima Kritikan
Menyandang watak utama dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw, Dukun Doktor Dani, penyanyi Taufik Batisah bersedia untuk menerima kritikan berkenaan dengan lakonan pertamanya di layar perak.
"Penglibatan saya dalam bidang hiburan sudah menjangkau 12 tahun. Sudah semestinya saya bersedia untuk menerima segala kritikan mengenai apa yang saya lakukan.
"Jika sebelum ini saya fokus dalam bidang muzik, menerusi Dukun Doktor Dani merupakan percubaan pertama saya dalam bidang perfileman. Dalam bidang muzik, saya tak boleh puaskan hati semua pihak.
"Saya mengambil pendekatan yang sama dalam bidang lakonan ini. Jadi, saya sudah bersedia menerima sebarang komen. Jika ada kekurangan, saya perlu memperbaikinya," kata Taufik kepada Astro Gempak.
Berlakon di bawah arahan pengarah tersohor, Sabri Yunus, penyanyi lagu Harus Begitu ini sangat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan Sabri.
"Saya rasa sangat berbangga kerana sebagai pendatang baru dalam dunia lakonan, saya dapat bekerjasama dengan Sabri yang memang sudah dikenali sebagai seorang pengarah prolifik.
"Sabri seorang pengarah yang tidak lolek ilmu dan dia banyak membimbing saya untuk menjayakan watak Doktor Dani," katanya lagi.
Filem Dukun Doktor Dani dibintangi oleh Taufik Batisah, Fasha Sandha, Raysha Rizrose, Amerul Afendi, Yus Jambu dan ramai lagi. Jangan lupa saksikan filem ini di pawagam bermula 28 Julai ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live