Hiburan
"Pertama Kali Dalam Hidup 38 Tahun" - ACL Putus, Aidid Marcello Selamat Jalani Pembedahan
Pengacara Aidid Marcello, 38, telah selamat menjalani pembedahan ACL pada bahagian lutut kirinya.
Aidid dipercayai mengalami kecederaan serius itu hingga menyebabkan bahagian ligamen anterior cruciate (ACL) pada lututnya putus ketika bermain bola beberapa hari lalu.
Pengacara kacak itu turut mengemaskini proses demi proses pembedahan yang dilalui menerusi media sosialnya.
"Saya akan update daily sebagai info yang mungkin berguna untuk sesiapa yang di luar sana, maybe yang dah lama sakit takut nak operate, yang dah operate atau sesiapa sahaja yang suka tengoklah," tambahnya.
Aidid kini menjalani proses fisioterapi selepas pembedahan ACL itu selamat dilakukan semalam.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aididmarcello
Must-Watch Video