Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Pertama Kali Dalam Hidup 38 Tahun" - ACL Putus, Aidid Marcello Selamat Jalani Pembedahan

Amri Hassan
30/06/2018 01:54 MYT
Pengacara Aidid Marcello, 38, telah selamat menjalani pembedahan ACL pada bahagian lutut kirinya.

Aidid dipercayai mengalami kecederaan serius itu hingga menyebabkan bahagian ligamen anterior cruciate (ACL) pada lututnya putus ketika bermain bola beberapa hari lalu.

2018-1980 = 38 tahun. Alhamdulillah, aku dibesarkan di kampung membawa ke bandar, dari bujang sampai kawin, Allah kuatkan semangat dan jaga kesihatan aku. Tapi hari ini dlm sejarah, akhirnya tangan aku ditusuk jarum dan merebahkan diriku di tilam hospital menunggu kurang lebih 21 jam sebelum lututku di perbaiki. Doakan keselematan saya ya... amin. #tawakal #tawakaltualallah #syukur #innalillah #aididitagain #aididmarcellostyle #aididmarcellostyle #aididtakeabreak #acl #operation #surgery #hospitalized #patient

A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on

undefined

Pengacara kacak itu turut mengemaskini proses demi proses pembedahan yang dilalui menerusi media sosialnya.

"Saya akan update daily sebagai info yang mungkin berguna untuk sesiapa yang di luar sana, maybe yang dah lama sakit takut nak operate, yang dah operate atau sesiapa sahaja yang suka tengoklah," tambahnya.

Aidid kini menjalani proses fisioterapi selepas pembedahan ACL itu selamat dilakukan semalam.

Alhamdulillah, operation went well! Semua dipermudahkan, so hari ni dah buat physio dan banyak jugak improvement. Cuma paling perit bila x dpt kencing semalam mmg cuak. Itu adalah side efx ubat tahan sakit. But so far Alhamdulillah! #aididaclprogress #aididitagain #aididitmyway #aididmarcellostyle

A post shared by Aidid Marcello ? (@aididmarcello) on



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @aididmarcello
#Pengacara #Aidid Marcello #ACL
;