HIBURAN

Pertama Kali Hantar Khawla Ke Sekolah, Syamel & Ernie Yang Beremosi - "Awal-Awal Susah Sikit Nak..."

Asyraf Roslan 09/06/2025 | 02:25 MYT
Penyanyi, Syamel berkongsi perasaannya yang pertama kali menghantar anak perempuannya iaitu Nur Khawla Soleha ke sekolah pada Isnin.
Menerusi perkongsian di platform X, Syamel atau Syameel Aqmal Mohd Fodzly mengakui dirinya dan isteri, Ernie Zakri agak beremosi berbanding anak mereka apabila tiba saat untuk meninggalkan si kecil di sekolah.
“Hari pertama Khawla pergi sekolah. So far awal-awal susah sikit nak tinggalkan tapi lepas setengah jam alhamdulillah dah boleh biasakan diri.
“Maksud saya ibu bapa dia, si Khawla happy je main dalam tu hahaha,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang berkongsi perasaan sama ketika pertama kali menghantar anak mereka ke sekolah.
Untuk rekod, Syamel dan Ernie selamat mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.
Hasil perkahwinan pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha pada Februari 2022.
#Syamel #Ernie Zakri #sekolah #Nur Khawla Sofea