Hiburan
Pertama Kali Jadi Fighter, Sangkar Buat Remy Ishak Jadi ...
Pelakon popular, Remy Ishak akui berasa seronok melakonkan watak aksi dalam lakonan terbarunya menerusi filem Sangkar.
Menurut Remy, penglibatannya dalam filem itu memberi kelainan kepada corak lakonannya yang lebih sinonim dengan watak cinta dan kekeluargaan sebelum ini.
"Saya rasa seronok melakonkan watak aksi dalam filem ini kerana ia agak berbeza dengan watak saya sebelum ini yang lebih kearah percintaan dan kekeluargaan.
"Meskipun melakonkan watak aksi agak mencabar, namun saya suka melakukannya," kata Remy kepada Gempak baru-baru ini.
Dalam filem Sangkar, Remy memegang watak sebagai seorang 'fighter' dalam bidang sukan seni bela diri campuran (MMA).
Tambah Remy, latihan sukan MMA yang dijalani untuk menjayakan filem terbabit mampu menambah keyakinan dirinya.
"Selepas menjalani latihan bersama tenaga pengajar profesional, saya rasa lebih yakin dan berani, tidak semestinya untuk berlawan di gelanggang (seperti dalam filem itu), tapi mungkin dari segi stamina," tuturnya.
Selain Remy, filem Sangkar turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.
Must-Watch Video