Pertama Kali Jumpa Ibu Mentua Puteri Sarah, Anzalna; "Dia Seorang Yang Sangat ..."
Berita mengenai ibu mentua kepada aktres Puteri Sarah Liyana iaitu Datin Fatimah Ismail mempertahankan menantunya itu turut mendapat perhatian pelakon Anzalna Nasir.
Menerusi perkongsian di Instastory, Anzalna berkongsi pengalaman pertama kali bertemu dengan Fatimah Ismail dan memuji isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam itu.
Menurut Anzalna, Puteri Sarah sangat beruntung mempunyai seorang ibu mentua yang baik hati selain sentiasa merendah diri.
“I pernah jumpa ibu mentua kepada Puteri Sarah Liyana dan dia seorang wanita yang sangat baik, sangat peramah dan merendah diri walaupun pertama kali berjumpa.
“Bertuah dapat ibu mentua yang baik hati dan pemurah sebab masa itu dia shopping menantu-menantu dia baju raya kat Alia Bastamam KL,” kongsi Anzalna.
Pelakon berusia 34 tahun itu turut memuat naik semula artikel daripada Gempak mengenai Fatimah Ismail yang berkongsi tentang cucu-cucunya.
Terdahulu, Sarah mendedahkan pihak ketiga membuat pengakuan mempunyai hubungan dengan suaminya sehari sebelum Summayah dilahirkan. Menurut Sarah, dia sedang sarat hamil 9 bulan ketika itu.
Baru-baru ini, Sarah berkongsi paparan skrin di Instastory memaparkan mesej daripada netizen yang mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan Ira Kazar dalam diam.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.