Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Pertama Kali Lakukan Adegan Atas Ranjang, Atiqah Hasiholan - “Saya & Pelakon Lelaki Itu Telah…”

Shahrin Zulkifle
20/03/2023 05:00 MYT

Pelakon berasal dari Indonesia, Atiqah Hasiholan menjelaskan adegan di atas ranjang yang dilakukannya dalam filem Rajah adalah trick semata-mata.

Kata Atiqah, dia telah mendapatkan tunjuk ajar daripada pengarah dan pihak produksi untuk melakukan adegan tersebut.

Malah jelasnya, adegan sedemikian merupakan yang pertama kali dilakukan sepanjang bergelar aktres.

“Oh ada yang takut ya? Saya ketika itu sudah berbincang dengan pengarah dan producer mengenai babak adegan atas ranjang itu.

“Ketika melakukan adegan tersebut ada tricknya, saya dan pelakon lelaki itu telah rehearsal dan kami tidak bersentuhan betul-betul pun.

“Sebenarnya itu merupakan yang pertama kali saya buat adegan di atas ranjang.

“Pihak pengarah ajar saya di mana perlu letak kaki, tangan saya supaya nampak selesa dan tidak janggal,” katanya kepada Gempak.

Menerusi filem berkenaan, Atiqah yang membawa watak Fatima ada melakukan beberapa adegan tidur bersama pemeran utama filem Rajah iaitu Jonathan Rhys Meyers yang membawa watak sebagai James Brooke.

Rajah mengisarkan sejarah Rajah Putih pertama Sarawak, Sir James Brooke (1803-1868) yang sudah pun menemui penonton sejak 9 Mac lalu.

#Shaheizy Sam #Bront Palarae #Atiqah Hasiholan #Rajah Brooke #Filem Rajah #Rajah #Jonathan Ryhs Meyers